Thursday, July 1, 2010

The Tempting Temptation 1

Pabila bulan mengambang, pabila dunia hanya diterangi dengan limpahan cahaya purnama dan pabila semua hidupan tenggelam dalam kegelapan malam, mereka mula membuka mata. Mula segar bergerak. Mula dahaga dan kehausan. Merekalah, VAMPIRE.

“Kenapa guna Vampire? Bukankah itu istilah Bahasa Inggeris?”

“Hmm… Nak buat macam mana lagi. Kalau istilah Bahasa Melayu, kena guna puntianak.” Fey bangun dari kerusinya, berjalan menuju ke salah satu meja rakan-rakannya. “Kalau guna istilah puntianak, orang akan bayangkan perempuan berambut panjang dan mengerbang. Bergigi taring, bermuka pucat dan hodoh. Hanya perempuan. Orang tak akan bayangkan langsung lelaki yang kacak macam aku.”

“Lelaki kacak macam kau? Oh, tolonglah.” Seisi kelas mencemuh.

Tiada apa lagi yang mereka mampu buat apabila Sir Ashton tidak hadir ke kelas mereka lagi pada malam itu selain daripada mendengar Fey bercerita. Bercerita tentang hidup mereka. Bercerita tentang salasilah hidupnya dan bercerita tentang dunia luar yang masih belum menyentuh pandangan mereka lagi.

“Aku dah bosan mendengar kau asyik bercerita tentang keluarga kau.” Izabell bersuara. Dia meletakkan tangan Melody yang merangkul lehernya diatas meja dan kemudiannya menyilangkan kakinya di atas kerusi milik Lesli yang hanya mampu mengeluh dengan tindakannya itu. “Apa kata kau ceritakan tentang manusia. Tell me everyting about human.”

Fey tersenyum. Tersenyum penuh muslihat. Penuh misteri. “I think you know more about human than me. But if you want me to, that`s the pleasure.”

“Mereka istimewa, hidup bagaikan tiada masalah yang bakal menimpa mereka. Terlalu cintakan dunia, harta, dan hiburan. Mereka suka hidup dalam kemewahan. Bagi sesetengah mereka, duit adalah segalanya. Bagi sesetengah yang lain, cinta milik mereka.” Fey kemudiannya duduk di atas meja milik Sir Ashton. Merenung setiap daripada mereka yang melihat dan mendengarnya.

“Mereka cantik, dan sebahagian lagi tidak. Darah mereka, red and tempting. But, they are selfish. Very selfish.” Fey menggelengkan kepalanya dengan wajahnya yang kelihatan penuh misteri dan bertenaga apabila menceritakan tentang manusia. Bukan sahaja dia yang bertenaga, jiwa seisi kelas mula membuak-buak apabila mendengar tentang manusia.“And one thing you must know, they don’t believe about us. Jadi, apabila berbual dengan mereka, jangan senang hati kamu beritahu mereka yang kamu adalah puntianak seolah-olah puntianak adalah istilah lain bagi Kinder Bueno. I told you one more time, they don’t believe in us. They don’t believe in the kind like us. They don’t believe in Vampire.”

Hari itu adalah hari yang indah sebelum Melody terdengar bunyi pasu bunga di dalam bilik air banglo asrama mereka pecah. Dia dah dapat agak apa yang berlaku. Nampaknya ajal Dona dah sampai. Dan seperti yang disangkankannya, Izabell keluar dari bilik air tersebut sambil mengesat bibirnya.

“Jangan salahkan aku. Salahkan bekalan darah yang tak cukup dalam peti sejuk tu.” Kemudian dia berlalu pergi tanpa mempedulikan Melody yang masih menjeling ke arahnya.

“Yeah, yeah, yeah. I know. Aku tau makanan kita untuk hari ni tak sampai lagi. Tapi kenapa kucing aku?”

“Nak buat macam mana, aku haus.”

“Huh, thirtsty? Everyone thirsty but not like you. You should fix something about your thirsty.” Melody mula mengeluh apabila Izabell mula turun naik tangga di situ seolah-olah mencari sesuatu. “Perhaps you need Pheonix`s blood.” Sambungnya dan itu membuatkan langkah Izabell tiba-tiba terhenti. “Yeah, perhaps.” Dan dia kembali mengatur langkah dan itu kembali membuatkan Melody mengeluh. “Oh, tolonglah. Apa sebenarnya yang kau cari?”

“Dan kenapa kau ikut aku?” Balas Izabell.

“Kucing aku? Masih dalam bilik air ke?”

Izabell mengangguk.

“Kenapa kau tak buang?”

“Kucing kau. Kaulah buang.” Balas Izabell dan serentak dengan itu dia berhenti. “Jumpa akhirnya.”

“Ha, aku? And apa yang kau jumpa?” Terlihat Izabell membongkok dan mengambil sesuatu yang terletak di belakang pasu bunga. “Pin?”

“Yes, pin. Tercicir waktu aku pukul Desy semalam.”

“King, you hit Desy again?”

Izabell mengangguk. “Dia masih nak pertahankan Pheonix. Walaupun phoenix dah khianati aku.”

“Kau pun tahukan, her lover is one of the phoenix, right? That`s why she didn`t hate phoenix. You shouldn`t hit her.”

“Im out of control. Sorry for her.”

Dan, BAM! Izabell menghempaskan pintu biliknya hampir-hampir mengenai batang hidung Melody. “KING! You nearly hit my nose!”

“Kau menjerit lagi pagi-pagi buta ni. Ramai orang lagi nak tidur tau tak.”

Sekali lagi Melody mengeluh apabila melihat Fey yang memeluk tubuh dibelakangnya bersuara. “Masih awal lagi untuk tidur.”

“Apa yang kau bualkan dengan, King?” Fey menghampiri Melody. Memaut lengannya dan memimpin gadis itu untuk ke biliknya.

“Tak ada apa. Dia kata dia perlukan phoenix untuk penuhkan nafsu berdarah dia.”

“Huh. Pheonix, phoenix dan phoenix. Memang dia perlukan phoenix. Tapi nak buat macam mana. Pheonix dah pupus dibunuh oleh kita, kan.”

Melody tertawa kecil. “Oh, tolonglah, Fey. Cara kau cakap macamlah kita sengaja nak bunuh mereka. Kalau mereka tak cuba untuk mengkhianati king, nak rampas takhta king. Semuanya tak akan terjadi. Dan kita tak akan terpaksa bunuh mereka. Dan king tak akan menderita kerana terpaksa bunuh… Paradise.”

“Huh. Paradise. Cakap pasal dia, aku tak dapat lupakan bertapa cantik dan baiknya dia. Tapi, kalau king tak bunuh Paradise, kau tak akan dapat peluang berkepit dengan King.”

“Jangan sindir aku.” Kata Melody. Dan kemudiannya dia bersuara dengan separuh berbisik. “And speak slowly. Kalau Iza dengar, kau akan jadi makanan dia malam ni.”

Mereka berdua tertawa sebelum Fey memulas tombol pintu bilik Melody dan mempersilakn gadis itu masuk dan tidur dengan segera. “Tidur, sayangku.”

King, Noble, Monster dan Pheonix adalah susunan taraf dalam hidup puntianak. King adalah golongan yang paling berkuasa. Mereka dihasilkan dengan darah asli puntianak daripada kedua-dua ibu dan ayah yang merupakan dari golongan king. Mereka mempunyai kelebihan dan kuasa yang mampu menghancurkan, Pheonix, Noble dan Monster. Tetapi, mereka semakin sedikit kini. Dan keturunan king yang paling muda, lelaki dan hidup pada masa kini hanyalah Izabell ataupun lebih dikenali dengan panggilan Iza.

Noble. Noble terhasil daripada darah campuran puntianak dan manusia. Ataupun hasil percampuran antara King dan Noble. Mereka juga mempunyai darjat yang tinggi kerana mereka pasti akan mewarisi kuasa sama ada dari ibu atau ayah mereka yang berdarah puntianak. Noble mempunyai bilangan yang paling banyak dalam kumpulan puntianak. Sesetengah daripada mereka sangat liar dan sukar dikawal. Tetapi, mereka tetap tunduk dengan kehendak king.

Monster terhasil apabila manusia digigit oleh noble ataupun king. Apabila darah manusia itu dihisap dan manusia tersebut tidak mati, dia akan bertukar menjadi Monster. Monster hanya mampu bertahan selama tiga bulan dalam bentuk manusia sebelum mereka bertukar menjadi raksasa dan kehendak mereka mula tidak terkawal. Mereka sangat berbahaya kerana mereka selalu menyerang manusia dan bertindak ganas.

Akhir sekali, phoenix. Golongan pheonix satu ketika dahulu pernah menjadi orang kanan king. Darah mereka yang berwarna putih mampu memuaskan nafsu berdarah king selama dua tahun. Pheonix juga merupakan golongan yang paling sensitif dengan king. Mereka akan kesakitan apabila menyentuh ataupun disentuh oleh king. Untuk mengelakkan mereka daripada kesakitan apabila disentuh oleh king, mereka hendaklah merelakan darah mereka diminum oleh king. Pheonix juga sangat istimewa kerana apabila mereka tidak merelakan darah mereka diminum, darah mereka boleh bertukar menjadi racun yang akan membunuh sesiapa yang meminumnya. Salah satu kelemahan mereka adalah, mereka lebih lambat sembuh berbanding golongan lain apabila mereka cedera. Mereka mengambil masa lebih kurang satu hari untuk sembuh sepenuhnya. Berbeza dengan King, Noble dan Monster yang sembuh serta merta apabila cedera.

Tetapi, sesetengah golongan phoenix telah merancang secara senyap untuk membunuh semua golongan King dan mermapas takhta mereka secara senyap. Tetapi, apabila mereka berjaya mebunuh ayah dan ibu Izabell, kegiatan mereka telah di kesan oleh Noble. King dan Noble telah memburu dan membunuh semua golongan phoenix sehingga tak seorang pun puntianak berdarah phoenix di biarkan hidup. Termasuklah Paradise.

Paradise adalah kekasih dan puntianak yang paling disayangai oleh Izabell. Tetapi, apabila krisis ini terjadi, Paradise terpaksa merelakan dirinya di bunuh. Tetapi, tak ada sesiapa pun yang dapat mengesahkan sama ada Paradise betul-betul mati ataupun masih hidup selain Izabell.

“Seminggu lagi sebelum sampai tarikh kita dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dan melawat Akademi Rose Hollis. Aku tak sabar nak jumpa manusia.” Fey bersuara memecah keheningan senja itu. Tepat pukul tujuh setengah petang, kebanyakan mereka sudah bangun daripada tidur. Dan sesetengah daripada merka masih nyenyak tidur. Termasuklah Izabell.

“Iza tak lapar ke, ha?” Fey bersuara lagi dan dibalas dengan dengusan daripada Melody.

“Dia dah telan Dona aku. Sebab tulah dia tak lapar.” Mereka sedikit tertawa mendengar kata-kata gadis itu.

Iza, Melody, Desy dan beberapa puntianak lain sedang berkumpul di ruang makan banglo mereka. Masing-masing masih kelihatan mengantuk dan lapar. “Desy, kau tak apa-apa?” tanya Melody.

Desy menjungkitkan keningnya dan kemudiannya menggelengkan kepalanya seolah-olah dia tak faham maksud sebenar Melody.

“Semalam Iza ada bagitahu aku yang dia pukul kau. Kau tak apa-apa, kan?”

Desy hanya menggeleng. Selebihnya langsung dia tak suarakan. Hanya membiarkan Melody termangu-mangu menunggunya bersuara. Fey yang melihat tersenyum nipis. “Aku laparlah.”

“Bukan kau seorang saja yang lapar. Semua yang menunggu ni tengah lapar tahu tak.”

“Aku tahu.” Balas Fey pendek sebelum dia bangun dari duduknya. Tetapi beberapa saat kemudian, dia terduduk balik dan tersenyum. “Aku rasa makanan dah sampai.’

Tepat seperti yang dijangka olehnya, mereka terdengar bunyi kuakan pintu utama banglo itu. Kemudiannya terdengar bunyi derapa kaki beberapa orang yang sedang menghampiri dapur mereka..

“Maafkan kami kerana lambat.” Lelaki tua yang selalu menghantarkan bekalan darah kepada mereka menundukkan sedikit kepalanya sebelum meletakkan bekalan darah yang dibawanya ke dalam peti sejuk.

“Terima kasih, Josh.” Kata Fey.

Lelaki tua itu menundukkan kepalanya lagi dan kemudiannya berdiri tegak menghadap mereka. “Boleh saya berjumpa dengan King.?”

“Kau nak apa?” Lantang Melody menjawabnya. Baginya, lelaki tua seperti itu tak layak untuk bertemu dengan King.

“Maafkan saya.” Dia menundukkan kepalanya lagi. “Tolong beritahu King, pukul lima petang esok, seorang pelajar baru akan mendaftar.”

“Pukul lima? Pukul lima semua orang masih tidurlah!” herdik Melody lagi.

“Hanya itu yang saya ingin sampaikan. Jumpa lagi.” Sekali lagi dia menundukkan kepalanya sebelum berundur pergi.

Melody masih tak puas hati. “Dia ingat dia tu apa? Suka-suka nak jumpa King. Dia tak layak tahu, tak! Dan apakejadahnya pelajar baru tu mendaftar pukul lima petang. Kacau waktu tidur Kinglah!”

Tetapi dia mendengus apabila melihat semua yang berada di ruang makan itu senyap. Kelihatan Desy menjilat darah yang menitis dari sudut bibir Fey apabila dia meneguk sebotol darah yang baru dicapainya. “Thanks, Desy.” Fey berkata.

Dan yang lain masing-masing leka dengan apa yang mereka buat. Tak seorang pun yang memberi perhatian kepada apa yang Melody katakan. Belum sempat untuk melody melenting sekali lagi, Desy tiba-tiba bersuara. “Kalau kamu semua nak tidur petang esok, aku tak keberatan untuk tunggu dia.”

“Dia? Pelajar baru?” tanya Fey dan dibalas dengan anggukan daripada Desy. “Aku pun tak kisah kalau nak tunggu dia.”

“Hah, baguslah. Kamu tunggulah dia. Aku malas nak bangun. Menyusahkan!” Melody bangun mengambil sebotol darah di dalam peti sejuk dan kemudiannya berlalu keluar dari ruang makan itu.

Keesokan paginya, kira-kira jam empat empat puluh lima, kelihatan Izabell turun dari tangga utama mereka bersama Desy yang kelihatan mencuka.

Fey yang melihat tertawa kecil. “Kata tak nak bangun, wahai tuan puteri Melody.”

“Diamlah.” Balasnya.

Apabila King bangun, nak tak nak mereka yang lain turut terpaksa bangun dan menunggu pelajar baru itu sampai. Dan apabila sampai di ruang tamu, Izabell langsung tak membiarkan dirinya menyentuh sofa di situ jadi, yang lain terpaksa berdiri dan yang duduk terpaksa bangun.

“Duduklah.” Arah Izabell. Puntianak yang lain tak berani untuk duduk melainkan Melody. Dengan senang hati dia duduk bersandar di situ.

Walaupun hanya lima belas minit lagi sebelum jam menunjukkan pukul lima, tetapi mereka semua dah mula bosan bagaikan sudah menunggu lima puluh minit yang lalu.

Tiba-tiba angin bertiup lembut di dalam banglo itu seolah-olah mereka berada di tepi pantai. Lembut dan mendamaikan.. Semakin lama, angin itu semakin kuat.

“Apa…” Melody baru hendak bersuara apabila Izabell tiba-tiba memotongnya. “Dah pukul lima.”

“Jadi dia mengawal angin.” Fey tersenyum nipis. Setiap daripada puntianak mempunyai keistimewaan masing-masing. Fey mempertahankan dirinya dengan membekukan musuhnya. Melody mempunyai keistimewaan mengawal api dan Desy mempunyai keistimewaan mengawal fikiran musuhnya. Bagi Izabell, setiap king mempunyai keistimewaan yang tak terbatas. Jadi dia boleh menggunakan apa saja yang dikehendakinya. Mengawal fikiran, api, angin, mahupun ais.

Tak ada sesiapa pun di dalam banglo itu yang dapat mengawal angin sebelum ini melainkan Izabell. Nampaknya, pelajar baru telah mencetuskan sesuatu.

BAM!

Pintu utama banglo itu tiba-tiba berdentum dan tebuka. Setengah daripada mereka yang mula lali ditiup bayu, terkejut. Dari jauh kelihatan sesuatu, sesuatu yang berambut panjang. Tinggi dan sejuk.

“Perempuan?” tanya Fey seolah-olah soalan itu ditujukan untuk dirinya.

Makin lama lembaga itu makin jelas kelihatan. Terlihat seorang gadis berambut panjang dan ikal dihujungnya, melangkah. Rambutnya berwarna hitam keperangan jelas kelihatan. Kulit putihnya. Bentuk kakinya yang cantik. Dan apabila dia melangkah masuk, angin yang bertiup di dalam rumah itu tadi seolah-olah ditarik dan disedut masuk kedalam tubuhnya. Keadaan berangin tadi hilang tiba-tiba. Senyap dan kaku. Rambutnya yang beralun ditiup angin tadi menjadi elok tersisir seolah-olah baru disikat.

Mata Melody tiba-tiba terbuka luas. Begitu juga dengan Izabell dan yang lain. Buat seketika, mereka bagaikan dipukau dengan kecantikan gadis yang mampu mengawal angin itu. Terpukau sehingga mereka tak mampu bergerak sehinggalah Izabell memejamkan matanya dan tersenyum sumbing.

Gadis itu melangkah lagi. Dia hanya menggerakkan sedikit hujung jarinya dan pintu utama banglo itu sekali lagi berdentum dan tertutup rapat. Dia mula menghampiri Izabell. Pandangannya hanya tertumpu kepada Izabell. Dia berhenti apabila jaraknya dan Izabell hanya seinci jauhnya. Perlahan-lahan dia mendekatkan kepalanya dengan leher Izabell dan saat itu Melody mula panas. Mula tak senang hati. Kedua tangannya beransur-ansur memaut leher Izabell dan dia berhenti apabila bibirnya hampir-hampir mengenai batang lehar Izabell. Saat itu, lantas Melody berdiri dan belum sempat dia menarik gadis itu menjauhi Izabell, Fey menghalangnya.

Izabell dapat merasakan nafas hangat gadis itu di lehernya. Itu sangat ganjil kerana suhu badan puntianak selalunya sangat dingin dan nafas mereka turut menjadi dingin. Sekali lagi gadis itu bergerak. Tangannya merayap menyisir lembut rambut Izabell. Dan tiba-tiba bibirnya melepaskan ciuman hangat di leher lelaki itu.

Pantas sahaja Melody bergerak dan cuba menarik gadis itu apabila gadis itu mengelak menjauhinya. “Ops..” Gadis itu tersenyum mengejek. “Hampir-hampir terkena.” Dia bersuara dan kata-katanya membuatkan setiap saraf dalam tubuh melody mula mengembang mengawal amarah.

Bukan sahaja Melody, tetapi puntianak yang lain mula menunjukkan taring mereka apabila melihat gadis itu melakukan King sesuka hatinya.

Mula sedar dengan situasi yang mengancam itu, gadis itu mula peka. Dia melangkah setapak untuk melihat apa yang terjadi dan tepat seperti jangkaannya, kesemua mereka mula berdesir, bersedia untuk menyerangnya.

Pintu utama banglo itu sekali lagi terkuak dan semua perhatiaan kini tertumpu kepada pintu tersebut. Pengarah Akademi Moonlight tiba-tiba masuk dengan baju tidur yang masih tersarung di tubuhnya dan wajahnya yang kelam kabut. “Saya dah agak. Saya dah agak semuanya akan jadi macam ni. Seiren!” Kemudian matanya meliar mencari sesuatu. Dan apabila dia ternampak pelajar baru tadi. Dia terus menghampirinya dan memaut lengan gadis tersebut. “Apa kau dah buat ni?!”

Pelajar baru itu menggeleng sambil tersenyum seolah-olah tiada apa yang terjadi.

“Tipu!” Pengarah Akademi Moon Blade, atau lebih senang dipanggil, Tom menjerit lagi. “Kan saya dah pesan awal-awal. Jangan datang sini dulu. Kejutkan saya sebelum kamu datang sini. Tengok. Apa yang jadi?”

Pelajar baru itu masih menggeleng. Kemudian Tom mengadap Izabell pula. “Maafkan saya. Ini pelajar baru yang Josh beritahu kamu semalam.” Dia berhenti seketika dan kemudiannya menyigung gadis itu.

“Apa?!” Marah pelajar baru itu.

“Kenalkan dirilah, bodoh!”

“Oh.” Dia berdehem. Dan wajahnya kembali serius. “Aku Seiren. Seiren Diaz.”

Kelas mereka malam itu sungguh suram. Izabell hanya tersandar mendengar guru mereka bersyarah. Fey pula tak tahu apa sebenarnya yang sedang dia lakukan. Diam, tegak tubuhnya merenung ke hadapan. Sama ada dia sedang menumpukan perhatian ataupun dia sedang melayari dunianya sendiri. Tak siapa tahu.

Kalau semua sedang kebosanan melayan perasaan sendiri, tidak pula bagi Melody. Dia tak habis-habis menjeling Seiren yang tertidur di sudut belakang kelas mereka. Masih tak puas hati dengan gadis kurang ajar itu. Dia cuba melupakan apa yang Seiren dah lakukan kepada Izabell. Namun tak berjaya. Peristiwa tadi tak sudah-sudah bertandang ke kotak fikirannya. Berulang-ulang menjadi racun kepada hatinya. Dia pernah membenci Paradise satu ketika dahulu kerana gadis itu berjaya mencuri hati cintanya, Izabell. Tapi, perasaan benci itu dah lama pergi sehinggalah peristiwa semalam. Kebencian yang menjadi penyakit jiwanya tumbuh semula. Dalam keadaan dia tidak sedar, tiba-tiba buku notanya yang tertutup kemas di atas mejanya, terbakar.

“Oh, shit! Mel, you burned the book!” Fey yang tadinya mengelamun disebelahnya lantas menukarkan api yang marak tadi menjadi ais. “What are you doing?” Kemudian dia berbisik pelahan seolah-olah merayu kepada gadis itu supaya mengawal kuasanya.

Melody terdiam seketika. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menuding jari kepada Seiren dan memberitahu semua yang dia bencikan gadis itu. Tapi apabila perasan yang Izabell sedang menjelingnya, dia mematikan niatnya dan mendengus. “Im sorry.”

Dan kelas itu kembali suram.

Apabila tepat jam tiga pagi, kelas mereka untuk hari itu akhirnya tamat. Semua bergegas keluar untuk pulang ke asrama kecuali Seiren, Izabell dan rakan-rakannya.

Izabell yang masih diam di tempat duduknya, menjeling ke arah Seiren yang masih tidur, tak sedarkan diri. Begitu juga dengan yang lain. Apabila mereka melihat Izabell sedang merenung gadis itu, mereka mula tertanya-tanya. Kenapa dan mengapa?

“Sudahlah. Jangan pedulikan dia.” Kata Melody cuba mengalihkan perhatian Izabell daripada gadis itu. “Iza.” Panggilnya lagi apabila lelaki itu langsung tak mempedulikannya.

“Yes, Melody.” Serta merta dia menyahut panggilan Melody dan tersenyum ke arah gadis itu.

“What are you doing? Staring at that girl like she is the piece of diamond.”

“She is the piece of diamond.” Dia tersenyum lagi dan tertawa kecil apabila melihat Melody mula tercebik. “Just kidding.” Sambungnya sebelum dia bangun berdiri dan membetulkan kotnya. “Lets go.” Dia melangkah pergi dan yang lain menurutinya.

Tinggallah Seiren keseorangan di dalam kelas itu sehinggala matahari terbit. Bila sedar dia keseorangan, dia mula mencebik. “Tak kejutkan pun.”

Dia kembali ke banglo yang asing baginya dan apabila dia masuk, keadaan di situ sunyi sepi. Mungkin semuanya sudah tidur. Kemudian dia ke dapur pula. Terlihat Josh berada di situ, serta merta dia menegur lelaki itu.

“Selamat pagi, Josh.”

Josh sedikit terkejut. “Selamat pagi, Cik Seiren.” Dia tersenyum. “Macam mana suasana di sini?”

“Biasa je. Tak ada yang istimewa. Aaa…” kemudian mata gadis itu meliar, mencari sesuatu. Membuka peti sejuk dan kembali merenung Josh. “Risaunya. Ingatkan mereka tak makan makanan manusia.”

Josh hanya membalas dengan senyuman.

“Aaa.. Josh. Tolong buatkan saya roti bakar dengan mentega. Lepas tu saya nak Jus Strawberry sekali.” Pintanya dan dibalas dengan anggukan daripada Josh. Dia hampir melangkah meninggalkan dapur sebelum dia berpaling dan menambah sesuatu. “Kalau boleh, hantarkan dekat atas, ya? Cari saya dekat balkoni depan tu. Ok?”

Kemudian dia berlari naik ke biliknya dengan mengehetak kuat kakinya. Sengaja hendak menganggu tidur orang lain. Apabila sampai di biliknya, dia menanggalkan pakaian sekolahnya dan terus menyarungkan gaun tidur XOXO berwarna putih. Setelah itu, dia terus mencapai biolanya dan kali ini berjalan perlahan-lahan keluar dari biliknya dan menuju balkoni yang dimaksudkannya tadi. Dia memanjat anjung balkoni itu, menghirup angin pagi yang menyegarkan, nyaman dan sejuk.

Seiren mencapai biolanya dan mula menggesekkan biola itu dengan perlahan menghasilkan satu irama yang mendamaikan, tenang dan harmoni.

Bukan dia sengaja hendak mengganggu tidur orang lain, tetapi ada sesuatu yang mesti dipanggilnya dengan menggesek biola itu. Irama itu terus mendayu, merayu mereka yang tidur supaya bangun.

“Aku dah tau, mesti budak Seiren yang buat bising ni.” Melody menekup telinganya.

Manakala Fey dan Desy terus bangun dari katil, keluar dari bilik untuk mencari punca irama itu, dan kedua-dua mereka terhenti apabila telihat Seiren berada di luar balkoni itu, menghidupkan irama yang merdu itu.

Di dalam bilik Izabell pula, dari awal lagi dia sudah memerhati Seiren dari tingkap biliknya. Cuba menilik gadis itu. Benarkah dia puntianak ataupun dia hanya manusia yang mempunyai keistimewaan mengawal angin? Kenapa dia hanya tidur pada waktu matahari sudah tenggelam dan kenapa dia tidak bila waktu matahari terbit? Tubuhnya hangat. Menggoda dan menarik. Setiap gerak-gerinya memang meragukan. Dia mengasingkan diri daripada puntianak lain. Dan tanpa serba-salah dia tidur di dalam kelas Sir Ashton?

Kemudian mereka sedikit terkejut apabila melihat Josh tiba-tiba datang membawa sedulang makanan. Cepat-cepat Desy dan Fey menyorok melihat Josh yang datang segera mengetuk tingkap balkoni dan serentak dengan itu bunyi irama biola tadi pudar dan Seiren bangun dari tempatnya. Berjalan dan membuka pintu balkoni kaca itu.

“Thanks, Josh.” Ucapnya sambil menyambut sedulang makanan daripada Josh. Josh hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

Seiren kembali ke tempatnya, meletakkan dulang itu disebelahnya dan mula mengambil roti bakar yang disapukan mentega itu lalu disuap ke dalam mulutnya. Dia berhenti mengunyah seketika untuk menghirup bau angin yang lembut itu dan kemudiannya kembali mengunyah. Kemudiannya matanya meliar mencari sesuatu, setelah dua suapan masuk kedalam mulutnya, dia meletakkan kembali roti bakar ke dalam dulang semula, mengambil biolanya dan kembali mengesek biola itu.

Sebelum sempat Izabell, Desy dan Fey mengundur diri daripada pertunjukan percuma itu, perhatian merka ditarik semula apabila seekor burung helang tiba-tiba melayang di depan Seiren dan bunyi gesekan biola itu hilang. Terdengar Seiren tertawa dan mengangkat tangannya untuk dijadikan tempat burung itu hinggap. “Come my dear.” Terdengar dia bersuara dan mengusap paruh helang yang besar itu.

Satu lagi perkara yang meragukan, binatang akan lari apabila terjumpa puntianak, tetapi tidak dengan Seiren. Seekor helang hinggap di lengannya dengan jinak. Tanpa ada sebarang masalah. Memang musykil. Segalanya tentang gadis itu, masih dalam pertanyaan.

1 comment:

  1. milord....cter ni best la....
    cant wait for the next chapter!!!

    ^^,

    ReplyDelete