Tuesday, July 20, 2010

The Tempting Temptation 3

Jam hampir menunjukkan jam lapan malam. Mereka masih di banglo asrama, menunggu jarum panjang tepat menuju ke angka lapan. Masing-masing sudah pun berada di ruang tamu kecuali Seiren yang entah kenapa masih tidak turun-turun. Entah apa yang dibuatnya, tak siapa tahu. Dia diam, senyap tanpa petanda yang dia akan menyertai mereka.

Apabila jarum tepat menunjukkan angka lapan...

“Let`s go.” Izabell separuh berbisik dan mereka semua terus lenyap, hilang bagaikan debu yang ditiup angin dan mereka muncul tiba-tiba di perkarangan Dandelion Hall, tempat Rose Hollis Ball berlangsung. Keadaan di luar itu gelap, gelap tanpa suluhan cahaya melainkan cahaya lampu yang terlolos keluar daripada Dandelion Hall. Keadaan di situ sedikit riuh apabila mereka yang berdiri di luar banggunan itu dapat mendengar bunyi irama muzik dan suara manusia yang sayup-sayup menjadikan satu keriuhan.

Mereka mula melangkah apabila Izabell mendahului mereka dan di sisinya, berdiri Melody yang jelita, Fey yang tampan memikat dan Desy yang begitu menggoda.

Pintu Dandelion Hall yang besar itu terkuak menghasilkan bunyi yang kuat apabila semua mata mula terpaku ke arah mereka yang mula melangkah masuk ke dalam Dandelion Hall.

“Oh my god! Are they from Moonlight Academy?” Orang ramai mula bersuara. Terpesona dan tertipu dengan kecantikan yang mereka lihat tanpa mereka sedar kecantikan itu hanyalah topeng yang menyalut tubuh raksasa yang sedang berjalan di depan mereka. Mereka ternganga bagaikan terlihat satu fenomena yang luar biasa hinggakan reaksi mereka itu membuatkan mereka kelihatan begitu pelik. Tujuh puluh orang pelajar Akademi Moonlight yang melangkah masuk ke dalam Dandelion Hall yang besar itu memberikan impak yang luar biasa kepada majlis yang baru berlangsung itu.

Tak kira lelaki ataupun perempuan, mereka mula terpikat apabila lelaki yang mempersona itu berjalan melintasi mereka. Dada bidang dan otok yang tersirat ditubuhnya membuatkan kot hitam yang dipakainya kelihatan mewah dan menarik. Kakinya yang panjang menyerlahkan ketinggiannya yang mungkin mencapai ketinggian enam kaki lebih. Rambut hitamnya yang cantik dan yang paling penting, wajahnya! Dengan kulit putih yang pucat, mata yang redup dan memukau, hidung mancungnya dan dagunya yang elok terbentuk menjadikan wajah lelaki yang bernama Izabell itu kelihatan begitu sempurna. Seperti siapa harus digambarkan lelaki sempurna ini. Gambaran tentangnya terlalu sulit untuk diceritakan. Sesiapa yang melihat wajahnya pasti akan tertawan denngannya walaupun riak seriusnya sentiasa terlekat diwajahnya.

Dan kebanyakan wanita di situ berasa kecewa apabila sedar di sisi lelaki yang dipuja mereka itu, berdiri seorang perempuan yang mempunyai kecantikan yang tiada tandingan.

Langkah Melody yang teratur membuatkan gaun merah hati yang dipakainya kelihatan begitu cantik. Ditambah pula dengan tubuh yang cantik terbentuk dan wajah seperti satu lukisan membuatkan mana-mana lelaki yang melihatnya mula resah. Tetapi ada sesuatu di wajahnya yang membuatkan kebanyakan mereka mula pasrah untuk mendampinginya. Satu garis keangkuhan setiasa mengiringi setiap langkah dan pergerakannya membuatkan dia kelihatan angkuh, sombong dan mementingkan diri. Pandangan matanya yang berkeyakinan menunjukkan yang dia tak pernah merasakan dirinya akan melakukan kesalahan dan riak wajahnya mengambarkan yang di hanya mendampingi orang yang berkuasa di antara yang berkuasa.

Kehadiran satu golongan yang sempurna itu membuatkan orang ramai mula rasa bertuah untuk hadir ke majlis ini. Kaum wanita mula menyusun langkah, menayangkan kecantikan yang ada pada mereka dengan harapan mereka kelihatan memikat di depan golongan yang sempurna itu. Manakala sang lelaki mula membetulkan pakaian, menyisir rambut mereka dan mula berlagak seolah-olah mereka lebih hebat daripada golongan lelaki yang dikejar wanita itu.

Izabell dan yang lain berhenti dia satu sudut dan mula memerhati manusia yang kebanyakannya sedang melihat mereka. Perasaan tak sabar untuk bertemu manusia mereka tiba-tiba pudar apabila sedar, kebanyakan manusia kelihatan sama, tidak menarik dan hanya tertarik kepada paras rupa.

Berlainan dengan Melody, dia kelihatan gembira dengan senyuman kemenangan yang terhias di bibirnya. Dia gembira kerana dia tahu, kebanyakn mereka yang berada di dalam Rose Hollis Ball ini kalah dengan kecantikannya. Dia begitu bangga dengan kecantikannya.

“Er... guys? Aku rasa aku patut pilih seorang gadis, goda mereka dan menari dengan mereka malam ini untuk tidak menjadikan kedatangan aku ke sini pada malam ini berlalu dengan sia-sia.” Fey tiba-tiba bersuara dan dia menyambung lagi apabila semua memandangnya dengan pandangan kosong. “Sekurang-kurangnya aku boleh mendalami manusia, belajar lebih dalam tentang mereka dan... maybe I can smell the tempting of their blood?”

Ayat terakhir daripada Fey membuatkan kebanyakan mereka mula berubah fikiran. Wajah kebosanan mereka beransur pudar.

“Ya. Aku pun nak menari dengan lelaki manusia jugak.” Desy terangguk-angguk dan belum sempat mereka berkata apa. Lantas dia menarik tangan Fey dan menuju ke kelompok manusia.

Apabila Fey dan Desy kelihatan tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan manusia, kebanyakan puntianak mula menyertai mereka, berpecah ke dalam timbunan manusia hingga mereka kelihatan tiada bezanya dengan manusia. Samahanya kecantikan kesempurnaan fizikal yang membezakan mereka.

Melody kelihatan terkejut apabila hanya tinggal dia dan Izabell di situ dan lantas dia menjeling Izabell dan berkata, “Jangan bagitahu aku yang kau pun nak sertai mereka.”

“I wouldn`t,” Dia sedikit tertawa, “Tapi aku rasa kau patut cari seorang lelaki malam ini untuk menghiburkan kau. Kau nampak macam dah kecewa.”

“Macam dah kecewa? Maksud kau aku kecewa sebab tiada lelaki yang ajak aku menari?”

Izabell menjungkitkan bahunya. “Maybe.” Dan kata-katanya itu mencabar kewanitaan Melody yang lantas memeluk tubuhnya.

“Huh? What the...” Melody mendengus dan mula mencekak pinggang. “Ok, look at me. Aku akan panggil seorang lelaki ke sisi aku tanpa aku panggil nama mereka. Tengok!”

Kemudian dia berdiri tegak, membalas pandangan setiap lelaki yang sedang melihatnya dan apabila dia terjumpa seseorang yang kelihatan tampan dan menarik baginya, dia mula tersenyum kepada lelaki itu. Dan seperti yang diperkatakannya, lelaki itu mula melangkah menghampirinya dan menghulurkan tangannya untuk memimpim Melody ke tempatnya.

Melody menyambut tangan lelaki itu dan menghadiahkan senyuman kemenangan kepada Izabell yang hanya tersenyum nipis ke arahnya.

Apabila Melody mula bergaul dengan manusia, Izabell terus tersenyum. “It`s easy to trick her.”

Sebenarnya, Izabell tahu yang Melody tak akan meninggalkannya dan terus mendampinginya. Untuk meloloskan dirinya daripada Melody, dia terpaksa berkata sesuatu yang membuatkan Melody rasa tercabar. Gadis angkuh itu memang pantang dicabar kerana dia selalukan merasakan yang dirinya hebat dan bertuah. Tetapi, tanpa dia sedar, keangkuhan itu sebenarnya adalah kelemahannya.

Kini dia keseorangan. Sekumpulan gadis sudah beberapa kali lalu di depannya dan dia tahu niat sebenar mereka. Tetapi, dia terus mengecewakan gadis-gadis itu dengan tidak mengendahkan mereka.

Dia tak tahu, apa sebenarnya yang diinginkannya sekarang. Seolah-olah putera sedang menunggu Cinderellanya datang, seperti itulah situasi Izabell. Tetapi, apa sebenarnya yang ditunggunya?

Dari jauh Melody dapat merasakan Izabell sedang memerhatikannya. Dia merasa kesal kerana membiarkan Izabell keseorangan tetapi kalau itu berjaya membuatkan Izabell cemburu, dia terpaksa melakukannya. Dia tersenyum sendirian. Mengkinkah Izabell cemburu?

Dalam keadaan yang gembira dan menyeronokkan itu. Pintu utama Dandelion Hall tiba-tiba terkuak dan apabila mata mula melihat Si Sempurna yang manakah pula akan mancul kali ini, mereka terkejut melihat satu lembaga yang bersinar dengan begitu indah.

Dia melangkah masuk dengan ayunan kaki yang begitu ringan, begitu sejuk. Bayu yang dibawa masuk bersamanya membuaikan satu ketenangan hinggakan mereka semua terasa bagaikan dipukau. Susunan gaun Prada berwarna hijau lembut yang hampir kellihatan seperti warna putih melakap ditubuhnya memberikan satu keindahan pada pandangan sesiapa yang melihatnya. Saat dia melangkah, gaun itu bertiup lembut bagaikan di sedang menyalutkan angin ke tubuhnya dan rambutnya tersisir indah memberikan kilauan yang begitu memukau. Lebih memukau daripada permata.

“Dia datang? Kenapa dia suka buat kejutan macam ni?” Kebanyakan puntianak tertanya. Mereka semua terkejut tetapi tidak bagi Izabell. Ini kali kedua dia terpukau dengan keindahan raksasa di depannya. Apabila Seiren melangkah dan mula dikerumuni oleh kelompok manusia, hati Izabell seperti merayu supaya gadis itu tidak hilang dari pandangannya. Dan dia hampir hilang arah apabila kakinya hampir-hampir melangkah untuk menghampiri dan menarik gadis berwajah bidadari itu ke dakapannya. Dia cuba bertenang. Cuba mengawal kehendaknya apabila badannya mula hangat terasa seperti darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuhnya. Jantungnya berdegup kencang sehinggakan dia dapat mendengar bunyi degupan jantungnya.

Seiren berhenti di kelompok manusia yang kelihatan begitu kagum dengannya. Dia menyapa mereka dengan mesra tersenyum dan tertawa menampakkan barisan giginya yang teratur cantik.

Izabell mengeluh perlahan. Seiren yang berdiri tidak jauh darinya, dipandang. Dia terus-terusan menilik wajah gadis itu yang menawan. Keningnya yang kemas terbentuk dan runcing dihujungnya membuatkan matanya yang bundar kelihatan lebih memukau. Hidungnya yang mancung dan bibirnya yang mekar membuatkan Izabell terasa dia seperti ingin mengucup bibir itu memuaskan rasa geramnya terhadap gadis itu. Rambut hitam keperangan milik gadis itu yang dililit dan disusun di bahu kirinya begitu indah berkilau dan menyerlahkan belakang tubuhnya yang begitu indah. Ingin sahaja dia menyelak rambut gadis itu dan mencium bahunya yang cantik terletak bagaikan dua mahkota yang memikat. Matanya turun pula ke dada gadis itu, merenung belahan dada gadis itu yang sempurna, cantik dan aset paling menggoda yang ada pada dirinya. Perlahan-lahan dia menggigit bibirnya sebelum dia meneliti potongan pinggang dan pinggul gadis itu yang kelihatan begitu hebat baginya. Pinggangnya begitu ramping dan punggungnya yang membulat cantik membuatkan hatinya bergelora. Kaki gadis itu ditutup oleh liputan lembut gaun Prada, tetapi dia tahu Seiren mempunyai kaki yang cantik secantik leher jinjangnya. Melihat leher gadis itu, rasa resahnya semakin menggunung. Ikutkan hati, mahu sahaja dia memaut pinggang gadis itu dan meratah lehernya. Tetapi gadis itu begitu asing. Begitu misteri dan musykil utuk didekati.

“Dah puas tengok dia?” Satu suara mengejutkan Izabell dan dia sedikit tersenyum apabila tangan pemilik suara itu merayap menyentuh bahunya. Tanpa memandang pemilik suara yang berdiri di sebelahnya, dia menarik tangan itu dan mengucupnya lembut. “Tengok siapa? And... why you are here?”

Melody menarik kembali tangannya dan memaut lengan Izabell sebelum ianya dipaut oleh orang lain. “Aku tak nak sebut nama dia. And im here because I want to be here.” Wajah gadis itu jelas mengambarkan betapa marahnya dia walaupun dia cuba mengawal nada suaranya.

Izabell tidak menjawab kata- kata Melody sebaliknya dia tersandar di tiang besar di belakangnya dan menyelupkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya. Mukanya berubah dingin. Kadang kala dia rasa begitu terganggu dengan kata-kata dan perangai Melody yang selalu menyindir dan suka melawan kata-katanya. “Hapuskan dia jadi aku tak akan dapat melihatnya. Kemudiannya dia mendongakkan sedikit kepalanya. “Sekarang.”

Buat seketika, Melody seperti sedikit tergamam. Kemudian matanya bersinar seperti kata-kata daripada Izabell itu merupakan peluang baginya. “Kalau kau yang arahkan...” Tanpa bertanya dua kali, Melody melepaskan pautannya di lengan Izabell dan berjalan terus mendekati Seiren yang masih berdamping dengan manusia.

Kukunya yang diwarnakan merah pekat tiba-tiba memanjang lima inci lebih panjang daripada biasa. Matanya yang berwarna hijau berubah kepada warna merah semerah gaunnya dan ayunan langkahnya menjadi lebih laju. Degupan jantungnya seakan-akan berhenti dan saat ini, mindanya Cuma mentafsir suara Seiren yang perlahan-lahan bergaung di kepalanya memberikan satu kebencian yang pernah diberikan oleh Paradise kepadanya dahulu. Dia tak akan membenarkan mana-mana gadis menghampiri Izabellnya dan dia tak akan membenarkan hati Izabell terpaut kepada mana-mana gadis selainnya Apabila dia semakin hampir dengan Seiren dia berlari hinggakan tiada manusia yang dapat melihat langkahnya. Dia cuba menusuk jantung gadis itu dari belakang menggunakan kukunya.

Seiren mengesan bahaya yang menghampirinya dan lantas dia bergerak dan akibatnya tusukkan yang cuba dilakukan Melody mencakar lengan kanannya.

Orang ramai seolah-olah tak perasan dengan apa yang terjadi apabila Seiren tiba-tiba jauh dari pandangan mereka.

Izabell terkejut. Terkejut bukan kerana tindakan Melody tetapi kerana satu aroma yang membuatkan dia hampir muntah menahan kebencian. Satu aroma yang membuatkan nadinya berdetik ke tahap bahaya hingga apa yang ada dalam fikirannya hanyalah... MEMBUNUH!

Puntianak lain berdesir. Lantas mata mereka tertumpu ke arah Seiren yang mencengkam lengannya yang berdarah. Mereka melihat darah itu, menghidu baunya dengan sebentar memejamkan mata mereka. Menikmati aroma menarik itu sebelum kembali berang.

Mata gadis itu mula meliar ketakutan. Darah putih yang mengalir dilengannya tak dapat di sorokkan lagi. Darah yang menjadi salah satu unsur yang boleh membuatkan dia terbunuh apabila mereka akhirnya tahu yang dia adalah Pheonix! Dia dapat menjangkakan ketibaan hari ini, tetapi bukannya secepat ini. Dia masih belum sempat untuk bertindak.

Dia cuba melarikan diri apabila lampu Dandelion Hall tiba-tiba terpadam dan orang ramai mula bersorak apabila irama salsa mula dimainkan dan lampu malap kekuningan dinyalakan.

Keadaan gelap kemalapan. Dan itu bukan perkara yang bagus bagi Seiren kerana puntianak sangat aktif dalam kegelapan.

Dia mengelak lagi apabila sesuatu tiba berlari di belakang depan kiri dan kanannya. Mereka menyerangnya bertalu-talu sehinggakan dia langsung tak dapat melihat wajah mereka. Dia berlari sepantas mungkin. Menuju ke pintu keluar yang tertutup rapat. Satu demi satu pasangan yang sedang menari di pisahkannya bagi memudahkan dirinya untuk mengelak dari serangan pemangsa yang sedang ketagih untuk membunuhnya.

Kenapa Melody menyerangnya? Dia cuba menjawab persoalannya tetapi bukan sekarang. Dia terlalu takut untuk berfikir. Apa yang dia mampu lakukan sekarang, hanyalah melepaskan diri tanpa dikesan. Dia berhadapan dengan puntianak berdarjat tinggi dan salah seorang daripadanya adalah King. King yang paling membenci Pheonix daripada sesiapa pun.

Hampir! Pintu keluar semakin hampir di depannya dan tiada sesiapa pun di situ. Harapannya untuk hidup berada di situ. Hanya di situ. Pantas sahaja tangan kanannya dihulur untuk menarik tombul pintu itu. Dan dia bagaikan hilang nafas apabila tangan kirinya tiba-tiba ditarik kuat lalu dia terhempas ke dakapan seseorang.

Keadaan tiba-tiba dirasakan begitu sunyi. Mereka yang mengejarnya tadi sudah berhenti, senyap tetapi masih berjaga-jaga.

Lukanya semakin sakit tiba-tiba. Dan kulitnya tiba-tiba terasa seperti disiat-siat dan terasa seolah-olah air panas mengalir ke delam setiap urat sarafnya membuatkan dia hampir-hampir menjerit kesakitan di situ.

“Nak lari ke mana, Cinderella?” Satu suara menerjah ruang mindanya serentak dengan satu pautun di pinggang dan di lehernya. Ibu jari tangan yang memaut lehernya perlahan-lahan menolak dagunya ke atas supaya mendongak memandang tuan empunya tangan dan suara.

Seperti yang ditakutkannya, lelaki itu. Lelaki yang pasti akan menceraikan nyawa dan tubuhnya. Matanya memandang tepat ke wajah Izabell yang masih setia menghadiahkan satu senyuman sinis kepadanya. Cukup baik kerana lelaki itu belum pernah tersenyum ke arahnya sehinggalah saat ini. Saat dimana diasendiri tak keruan dengan apa yang patut dia lakukan.

Dalam keadaan matanya masih meratah wajah Seiren, kaki kanannya perlahan diheret ke depan, menolak kaki kiri Seiren ke belakang. Seiren hanya menurut geraknya. Tiada apa yang mampu dia lakukan jika kesakitan sudah menyiksa seluruh tubuhnya. Sedaya-upaya dia menahan wajahnya daripada menzahirkan kesakitannya. Dia tak mahu lelaki itu terus terhibur menyiksa dirinya.

Kemudian langkah mereka berubah lagi, Izabell memusingkan tubuh Seiren dan gadis itu cuba mencapai tombol pintu yang begitu hampir dengan mereka dan sekali lagi dia ditarik melekap ke tubuh lelaki itu.

Mereka bergerak lagi. Lelaki itu mengangkat tangan kiri gadis itu, menundukkan kepalannya dan mengucup lembut lengan gadis itu. Merasakan setuhan lembut Izabell di tangannya, pantas dia cuba berlari melintasi lelaki itu dan di tarik kembali.

Mereka menari dalam masa yang sama Seiren cuba melepaskan diri dan Izabell cuba untuk tidak membebaskannya. Sesekali lelaki itu melepaskannya tanpa ada satu pautan ditubuhnya tetapi tetap dia tidak dapat melarikan diri.

Dia tak mampu lari! Kalau dia dapat melepaskan dirinya daripada cengkaman Izabell sekalipun, puntianak yang lain pasti tidak akan membenarkannya keluar dari banggunan itu.

Gerak langkah Run and Catch dalam tarian salsa mereka menjadi perhatian ramai. Tanpa mereka sedar, lampu kekuningan yang bergerak kini berhenti mengekori setiap langkah mereka membuatkan semua tumpan kini cuma tersasar ke arah mereka. Begitu lembut aturan langkah lelaki itu. Begitu mengasyikkan sentuhan yang diberinya hingga semua orang mula tertawan tanpa mereka sedar satu wajah suram mengharapkan pertolongan dari mereka.

Dalam keadaan itu, Desy yang dari tadi berdiri tidak jauh daripada mereka berundur setapak. Hatinya tiba-tiba sayu melihat wajah itu. Wajah yang mengingatkannya kepada sesuatu yang pernah memberinya kasih sayang. Kasih sayang yang tak pernah diberikan kepadanya oleh sesiapa pun. Dia mula lemah. Mula takut dan tak sanggup untuk melihat gadis itu lagi. Anak mata ketakutan Seiren yang seolah-olah merayu dilepaskan, diselamatkan, tak mampu ditentangnya. Begitu sakit hatinya melihat kejadian ini hingga menyebabkan seluruh tubuhnya menggeletar. Terbayang saat-saat apabila dia terpaksa memisahkan senyuman lelaki itu daripada wajahnya dan apabila dia cuba berkeras hati melihat pandangan mata yang berjaya meninggalkan seribu menyesalan,kesedihan dan kesuraman dalam dirinya. Memori itu sekali lagi mencengkam tubuhnya, membuatkan jiwanya bergetar hebat.

Sekejap lelaki itu menyentuh pinggangnya. Sekejap lelaki itu menarik lengannya pula. Kejap tangan leleki itu merayap ke pehanya dan sekejap lelaki itu mengangkat tubuhnya. Semua itu dipandang indah oleh orang ramai tetapi bagi Seiren, ianya satu siksaan yang mencucuk-cucuk tubuhnya.

Saat ini, dia seboleh-bolehnya ingin merayu kepada lelaki itu supaya melepaskannya. Dia lebih rela dibunuh daripada menanggung sakit bagaikan seribu seterika digosok ke tubuhnya. Perlahan-lahan, anak matanya cuba menentang pandangan mata yang menikam sanubarinya. Dia merayu. Merayu kepada lelaki itu supaya menghentikan semua ini. Redup anak matanya cuba melembutkan hati Izabell walaupun dia tahu lelaki itu mempunyai hati yang diperbuat daripada besi. Dia tidak berdaya lagi apabila tubuhnya terus disakiti walaupun hanya dengan satu sentuhan lembut. Begitu lembut seolah-olah lelaki itu mencurahkan kasih yang tak berbelah bagi padanya.

Apabila Izabell mencengkam kepalanya dan menolak tubuhnya kebelakang hingga badannya kelihatan melengkung dan nafas lelaki itu terasa begitu dekat dengan wajahnya. Dia mula merasakan satu kesakitan yang tak pernah dia rasakan. Kesakitan yang bakal memisahkan jiwa dan hatinya, nyawa dan tubuhnya. Wajahnya mula pasrah, dan air mata yang ditahannya tadi akhirnya mengalir. Tangannya yang memaut bahu Izabell terasa kebas dan nyilu seperti ianya baru lepas dipotong dan dicampak jauh terpisah dari tubuhnya. Ketakutan yang mancengkam dirinya pergi tiba-tiba, maniggalkan rasa pilu yang begitu menyakitkan dalam hatinya. Air mata pheonix yang begitu suci, yang mampu menyembuhkan kelukaan akhirnya mengalir jua. Serentak dengan itu, dunianya gelap.

2 comments:

  1. perghhh..
    best..

    ape jadi pas nie??
    hoho..
    nk lagi..

    ReplyDelete
  2. awk... bestnya cta nie.. x sbr tul nk tgu smbungn.. smua cta yg awk tulis mmg power r...

    ReplyDelete