Friday, July 9, 2010

The Tempting Temptation 2

Esok, tibalah tarikh matang mereka di benarkan keluar dari kawasan sekolah untuk ke Akademi Rose Holis yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan sekolah. Mereka akan melawat ke sekolah itu sempena dengan Rose Hollis Ball yang berlangsung pada jam lapan malam esok.

Malam itu, Melody sibuk mencari memunggah pakaian yang paling sesuai untuk dipakai Desy. Desy adalah puntianak yang sedikit dungu. Dia hanya tahu makan, minum, dan tidur sahaja. Dan satu perkara lagi yang dia paling pakar, bercinta! Jadi, untuk tidak mencacatkan penampilan mereka dengan perangai dungu Desy, Melody mengambil keputusan untuk membantu gadis itu bersiap. Kalau bicara tentang fesyen, Melody adalah wanita yang paling pakar tentang fesyen. Kerana dia adalah puntianak paling cantik dalam Akademi Moonlight sebelum kedatangan Seiren. Sebab itulah, dia merasakan dia layak untuk berdamping dengan King ataupun Izabell. Kerana baginya, kecantikan mengatasi darjat.

Dia memunggah kesemua pakaian, gaun dan segalanya yang ada di dalam almari Desy. Tak cukup dengan itu, dia mengangkut bagasinya yang menyimpan pakaian-pakaian lama ke dalam bilik gadis yang dipangggil dungu itu. Sibuk dia memadankan skirt labuh, pendek dan segalanya yang ada di depannya. Desy pula hanya bersila sambil menongkat dagunya melihat Melody yang sibuk di depannya.

“Oklah yang tu. Aku suka.” Kata Desy apabila Melody mengangkat gaun kuting berpolka dot berwarna pink.

“Ish, tolonglah. Baju ni aku guna untuk tidur saja tahu?!”

“Oh, aku ingatkan evening dress tadi.” Kata Desy lagi sambil menggaru keningnya yang tak gatal dan dibalas dengan herdikan kecil daripada Melody.

Apabila Melody mengangkat gaun berwarna emas, sekali lagi Desy cuba bersuara, “Yang tu…”

“Senyaplah. Biar aku yang pilih.” Sepantas kilat Melody memotong sambil menjeling tajam ke arah Desy yang sedang menggigit jarinya pula.

Mereka senyap lagi, membiarkan tangan cantik milik Melody ligat memunggah pakaian itu. Dan matanya tiba-tiba bersinar apabila ternampak sesuatu. “Ha, yang…”

“Cantik. Menyerlahkan keindahan misteri yang terlilit dan tak bisa diungkai oleh sesiapa pun.” Tiba-tiba satu suara mengganggu.

“Kau lagi. Nak apa?” Bicara Melody cuba mengawal nada suaranya apabila melihat Seiren tiba-tiba muncul di muka pintu dengan rambutnya diikat tegang dan ditangan kirinya memegang bekas yogurt berperisa strawberry manakala di tangan kanannya pula memegang sudu yang disumbatkan kedalam mulutnya. “Menyesal aku tak tutup pintu tadi.” Sindirnya perlahan dan dibalas dengan sengihan daripada Seiren.

Melihat Seiren tersengih membuatkan Desy tiba-tiba tersenyum seolah melihat seorang budak kecil yang gembira apabila dihulurkan aiskrim.

“Kalau tak ada apa, baik kau pergi je. Aku tak nak pudarkan mood aku kerana terpaksa melihat wajah sial kau tu.”

Kata-kata sinis daripada Melody di balas dengan senyuman daripada Seiren. Gadis itu tiba-tiba menyapukan yogurt yang dimakannya tadi ke pipi kirinya dan diratakan ke suluruh mukanya. Keadaan itu membuatkan Melody bertambah jelek. “Hei!” panggilnya.

“Apa, Melody Rose?”

“Huh, you don’t have a right to call my full name, bitch!”

“I wonder why it happened? Because my beautiful lips don’t deserve to speak your name?”

“Oh, please…” Melody sedikit tersengih, mencemuh. “Kau rasa bibir kau cantik, ke? Ataupun kau sengaja tak nak mengaku yang bibir kau tak cantik.”

“A beauty don’t lie about others beauty. If not, they don’t deserve to be call a beauty.” Bisik Seiren perlahan dan sebelum Melody sempat membuka mulut, dia bersuara lagi. “Tak bagus kita bergaduh bila yang lain tengah sibuk berbincang tentang lawatan esok. Apa kata kau tutup mulut tempayan kau tu dan kita turun bawah sertai mereka. Ok?”

Sekali lagi Melody mendengus sejurus selepas melihat Seiren melangkah meninggalkan mereka. “Kenapa dia tak cakap terus je yang kita kena turun bawah. Kenapa nak sakitkan hati aku jugak and you!” Tunjuknya kepada Desy. “Kenapa kau tak sudah-sudah tersengih ni?!”

Desy hanya menjungkitkan bahunya sebelum bangun dan keluar meninggalkan Melody yang masih mengetap bibirnya. “Dua-dua pun sama je! Tak habis-habis menyusahkan aku!”

Dengan mood yang semakin buruk, melody bergegas turun ke bawan untuk menyertai mereka. Dan apabila melihat kebanyakan mereka sudah pun duduk di sofa yang sedia tersedia, dia sedikit tercebik. Kerusi di sebelah Izabell nampaknya dah diisi. Tiba-tiba dia ternampak Seiren tiba-tiba melambai ke arahnya. “Sini-sini. Kami pun tak dapat duduk jugak.” Panggilnya dengan sengihan yang benar-benar membuatkan Melody sakit hati. Nampaknya, dia terpaksa berdiri menyertai Seiren dan Desy. Melihat wajah Seiren yang bertempek yogurt strawberry itu membuatkan dia rasa mual.

“Boleh ke dia makan yogurt tu lepas tu dia letak dekat muka dia? Teruk betul!” cemuh Melody perlahan sambil menghampiri Desy. Apabila dia sampai di sebelah Desy, Fey tiba-tiba berdiri. Melody, kalau kau nak, kau boleh duduk di tempat aku.”

“Ya, boleh, boleh. Nasib baik kau bangun. Cik Melody ni risau kalau dia berdiri lama sangat nanti kaki dia tercabut and tak bolehlah dia berangan and perasan cantik dekat Rose Hollis Ball esok.” Seiren tiba-tiba menyampuk membuatkan senyuman Melody yang terukir apabila Fey bangun tadi, pudar. Melody baru sahaja hendak membuka mulut apabila Tom pula bersuara.

“Seiren! Jangan bising!” Marah Tom sambil menjeling perlahan ke arah Melody yang menahan marah. Kemudian dia mengetap bibirnya dan menjegilkan matanya ke arah Seiren yang mencebik pula. Sebentar sahaja dia mencebik, beberapa saat kemudian, dia kembali tersengih sambil menyuapkan sisa yogurt yang dari tadi dipegangnya ke mulut dan menjeling ke arah setiap orang yang berada di situ. Dia mencemuh setiap orang yang dilihatnya. Dia tahu, mereka semua masih tak sukakannya.

Hai, peduli apa. Dia berbisik lagi. Kemudian dia tersenyum ke arah Fey yang kembali duduk di tempatnya. Dia tersengih lagi apabila melihat Fey memaksa dirinya untuk tersenyum kembali. Dia tertanya-tanya, Fey sukakan Melody, ke? Tetapi, persoalannya tiba-tiba hilang, terbang entah ke mana apabila matanya tiba-tiba singgah di sepasang mata hitam kemerahan yang menawan. Menawan sehingga nafasnya terputus buat seketika. Dan apabila nafasnya kembali meniup sedarnya, dia cuba untuk melarikan pandangannya. Tetapi, dia bagaikan tak berdaya. Bagaikan di pukau. Sakitnya hari itu tiba-tiba terasa kembali. Kesakitan yang dia rasakan apabila dia memeluk dan mencium leher lelaki itu. Terasa bagaikan air panas yang mendidih menular ke setiap urat sarafnya, memaksa dirinya untuk menjerit.

Dia menelan air liurnya. Dan kali ini pandangannya berjaya dilarikan. Tetapi kesakitannya tadi tidak turut lari bersama pandangannya. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya mula tidak teratur dan turun naik dadanya jelas kelihatan. Dia mula takut, mula risau mereka akan perasan dengan keadaannya. Jadi perlahan-lahan dia berundur. Berselindung di sebalik Desy yang membatu memandang Tom.

Panahan mata Izabell menyesakkannya, menyakitkannya, dan pandangan matanya itu berjaya menakutkannya. Jari-jemarinya digenggam, cuba menghalau rasa takut dan sakit yang mnggetarkan seluruh tubuhnya. Sekali lagi dia cuba mengerling Izabell dan cepat-cepat dia memejamkan matanya apabila anak matanya sekali lagi dipanah pandangan Izabell. Lelaki itu masih merenungnya seolah-olah lelaki itu sedang membaca mindanya, membaca isi hatinya. Saat itu dia mula takut.

Apa yang Tom cakapkan langsung tak berjaya ditangkap oleh pendengarannya. Tiba-tiba satu suara menyentuhkan kesedarannya. Suara yang paling dia takutkan.

“Macam mana pula dengar pelajar yang masuk ke sekolah ni tak sampai sebulan. Dia belum belajar undang-undang puntianak dan dia belum mahir dalam dunia manusia. Boleh dijamin yang dia tak akan menyerang manusia?” Izabell tiba-tiba bersuara. Tetapi matanya masih tertancap di tempat Seiren berdiri. Puntianak yang lain turut memandang Seiren yang tertunduk dengan wajahnya yang bersalut yogurt berwarna merah jambu pudar.


“Maksud kamu, Seiren?”

Izabell menjawab pertanyaan Tom hanya dengan menghadiahkan lelaki itu satu senyuman sinis. Faham dengan senyuman itu, Tom mengangguk. “Jangan risau. Dia pernah tinggal dengan manusia.”

“Betul ke?!”

Mendengar sesetengah mereka bersuara terkejut, Seiren tiba-tiba menganggkat wajahnya dan dia tersenyum puas, cuba mengubah keadaan. Ketakutan dan kesakitan tadi tak diendahkannya.

Dia bergerak ke sebelah meloloskan diri daripada lindungan Desy dan kemudiannya tersenyum.. “Ha! Dengar tu?! Sejak aku kecil aku tinggal dengan manusia. Sedikitpun aku tak sentuh darah mereka. Bukan macam orang tu, nak kena masuk kelas belajar undang-undang hukum kanun semua. Huh, buang masa je.” Kemudian dia tertawa mengejek membuatkan semuanya bertambah geram dengannya. Dia langsung tak memandang ke arah Izabell walaupun dia sedar lelaki itu masih merenungnya. Tetapi pandangan dingin Izabell tadi bertukar kepada pandangan seolah-olah dia muyskil dengan sesuatu.

Tak sentuh langsung? Setiap puntianak mempunyai keinginan. Keinginan untuk berkuasa, keinginan untuk memenuhi nafsu berdarah mereka. Dan darah manusia adalah yang paling lazat diantara yang lain. Memang menghairankan kalau sedikitpun dia tak sentuh mereka.

Apabila melihat Izabell masih merenung Seiren, Melody sekali lagi mendengus. Geram dan hairan. Apa yang menarik tentang Seiren? Jika dibandingkan dengan Seiren, dia lebih bijak dan berkarisma. Seiren hanya tahu bercakap yang bukan-bukan dan menayang wajahnya yang bersalut yogurt kepada semua orang. Dia tak ada adab!

“Ehm!” Tom berdehem sebelum dia menyambung kembali bicaranya. “Semunya jelas,kan. Ada sebarang pertanyaan lagi?” Dia mengangkatkan sedikit tangannya dan memandang ke wajah setiap puntianak yang berdiri di depannya. Melihat mereka semua mambatu, dia bersuara lagi. “Baiklah. Kalau dah tak ada apa, kita boleh bersurai. Sweet Dream ladies and gentlemen.”

Ingatkan Tom akan keluar selepas menamatkan ucapannya itu, tetapi tidak. Dia memandang Seiren dan apabila Seiren perasan akan keadaan itu, cepat-cepat dia cuba berlari ke biliknya.

Namun, dia hanya mampu berdecit apabila Tom tangkas memaut lengannya. “Nak pergi mana, budak.”

Seiren hanya membalas dengan senyuman.

Tom menjegilkan matanya ke arah Seiren sebelum bersuara. “Behave yourself!”

“OK, bos!” Jawabnya tegas. Meniru nada lelaki itu bercakap tadi. Tom adalah orang yang paling lama mengenalinya selain keluarga angkatnya. Lelaki itu sangat baik walaupun sekali-sekali dia sangat merimaskan. Dijelingnya Izabell yang masih duduk di kerusinya dan kemudian dipandangnya pula Tom yang hampir hilang di muka pintu.

Baik aku naik sebelum Izabell tu bangun. Melody tu pulak, tak reti nak naik atas lagi ke? Kalau tak boleh aku kacau dia. Bosanlah kalau setiap hari macam ni. Tak ada benda nak buat. Malam kelas. Petang semua duduk dalam bilik je. Dia terus merungut sampailah dia menutup rapat pintu biliknya dan mengunci pintu tersebut. Aku nak buat Yoga!

Tetapi lain yang dirancang, lain yang dibuatnya. Dia terus tertidur apabila dia baring di atas katilnya selepas dia mencuci yogurt yang disapu ke mukanya tadi.

Melody, Fey dan Izabell yang berada di ruang tamu pada pukul tiga pagi itu masih tak bersurai. Melody senyap dan cuba mencari soalan yang sesuai untuk ditanyakan kepada Izabell. Fey pula hanya setia menunggu mereka bedua yang masih tak reti nak bangun.

Rose Hollis ball yang akan berlansung pada esok malam memang mendebarkan. Kali pertama mereka akan bertemu manusia. Dan kali pertama mereka keluar dari kawasan sekolah. Memang mendebarkan, mengasyikkan dan mengkhayalkan.

1 comment:

  1. lord, napa Bloodshed 1 tak ble buka? sy nak baca, sy mmg suka cerita fantasy..

    er..Lord tak nak join Rumah Fantasy?
    kalau berminat lawat blog ni.. http://ilhamdanfantasi.blogspot.com

    nway, saya follow..

    ReplyDelete