Friday, September 17, 2010

The Tempting Temptation 6

“Apa kau buat ni?! Iza!”
Lantas Fey berlari lalu menarik kuat lengan Izabell yang mencengkam leher gadis yang sudah kehilangan sedarnya. Manakala Melody yang tadi berjalan seiringan dengan Fey hanya memeluk tubuh dan memerhati dari jauh. Sedikit pun dia tidak berniat untuk menghentikan kelakuan Izabell.
“Sudahlah, Iza! Dia dah nak mati ni. You are dying if she die!”
Namun sia-sia pujukan Fey apabila Izabell langsung tidak menghentikan tingkahnya. Sebaliknya wajah dinginnya semakin menakutkan dan cengkamannya di leher gadis itu semakin kuat. Tetapi cuma sebentar sebelum dia melepaskan cengkamannya dan Seiren jatuh rebah ke lantai.
“Take her away from me.” Izabell menguak rambutnya sebelum dia melangkah pergi dan diikuti oleh Melody sambil menjeling keras ke arah Seiren.
Mankala Fey pula kebingungan melihat Melody berlalu. “Eh, Mel?”
“Sorrylah. Aku tak nak sentuh budak tu.”
“Tapi…” Lelaki itu terpaksa diam apabila Melody terus melangkah sambil memaut lengan Izabell.
“Sudah… akhirnya aku yang kena buat semua.” Dia mengeluh sebentar dan kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu nombor.
“Grey. Fey here. Datang sini sekejap. Dekat lorong nak ke kelas kimia.Emergency.”







Dia terasa seperti seseorang sedang bernafas begitu dekat dengannya. Orang itu seolah-olah sedang mengira bulu kening yang ada di atas kelopak matanya. Dahinya berkerut perlahan sebelum dia memberanikan diri untuk membuka mata.
“HOI! Auww…” dia mengangkat kepalanya laju kerana terkejut apabila sebaik sahaja dia membuka matanya dia terus terpandang anak mata berwarna kuning cair yang begitu dekat melekap di wajahnya dan itu menyebabkan kepalanya terhantuk dengan dahi lelak itu.
“Sakitlah..”
“Same here.” Jawab Fey apabila mendengar rungutan Seiren sebelum dia tersenyum ramah ke arah gadis yang masih menggosok kepalanya. “Macam mana? Dah sihat?”
“Ok dah.”Jawabnya sebelum dia bangun meluru ke pintu biliknya dan mengunci pintu bilik tersebut. “Er… tak nak bagi orang masuk. So, kena kunci.” Katanya apabila melihat wajah hairan Fey.
“Tak nak bagi orang masuk? Iza, eh?”
Pantas Seiren menggoyangkan tangannya apabila mendengar nama Izabell di sebut, “Eh, bukan Iza la. Iza puntianak, bukan orang.”
Kemudiannya gadis itu berjalan menghampiri Fey yang terduduk di birai katilnya dan menampar peha lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki yang begitu rapat dengan Izabell itu. “Izabell ada dekat sini, ke?”

“Tak ada. Dia keluar. Ada hal.”
“Keluar seorang?”
“Tak.” Lelaki itu menggeleng. “Grey and Melody ikut.”
“Ooo.. mereka semua tu, pergi mana, ya? Dah lama ke pergi? Balik bila?”
Berkerut dahi Fey dan dia mula teragak-agak untuk menjawab pertanyaan gadis jelita dihadapannya.
Mungkin sedar dengan perasaan was-was yang mula timbul di hati lelaki itu, Seiren pantas bersuara. “Tak apalah. Er… nak minta tolong, boleh?”
Sekali lagi Fey mengerutkan dahinya.
“Aaa… aku nak keluar sekejap…”
“Tak boleh!” Pantas Fey memotong dan itu membuatkan Seiren tiba-tiba terdiam seolah-olah lidahnya tersimpul mati. “Iza arahkan aku supaya tak benarkan kau melangkah keluar dari banggunan ini, walaupun selangkah.”
“Tapi, kenapa? Aku bukan nak lari pun.”
“Mungkin kau cakap kau tak akan lari. But, who know…”
“Ish, aku tak larilah.”
“Boleh percaya, ke?”
“Betullah. Kalau kau tak percaya, kau ikut aku.”
Fey menjeling gadis di sebelahnya itu. Betul ke budak ni? Kalau dia tipu aku macam mana? Sejenak dia berfikir. Walaubagaimanapun, perasaan ragu-ragu masih merasuk mindanya. “Ah, tak beranilah aku.”
Seiren mendengus. Penakut!
“Jangan cakap aku penakut.” Fey tiba-tiba bersuara seolah-olah dia boleh membaca minda gadis itu.
“Eh, kau baca fikiran aku eh.”
“Mana ada.”
“Tipu!”
“Aku cakap tak, taklah. Oh, jadi betullah kau cakap aku penakut.”
“Aku tak ada cakap pun.”
“Habis tu, kenapa kau tuduh aku baca fikiran kau.”
“Aku saja cakap je. Mana ada aku tuduh.”
“Ish…” Fey cuba untuk membalas kata-kata Seiren tetapi kemudiannya dia terdiam dan hanya memeluk tubuhnya. “Kau betul-betul nak keluar ke?”
Seiren mengangguk laju.
“Pergilah.” Akhirnya dia membenarkan. “Tetapi, balik sebelum pukul 6 pagi. Kalau tak…” Lelaki itu memandang wajah Seiren. “We will dia!” keras bunyinya dan matanya dijegilkan.
“Taulah.” Katanya sebelum dia hilang dari pandangan meninggalkan satu tiupan angin kencang ke arah Fey sehingga membuatkan lelaki itu menyeringai kedinginan.
“Tak mengenang budi betul.”










“Kami dengar ada satu nyawa pheonix di tangan kau?”
Izabell hanya senyap. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan menjawab pertanyaan lima lelaki dihadapannya itu.
“Kami tak tahu apa rancangan kau, tetapi kami nak kau tahu, seekor phoenix sahaja boleh memusnahkan kita semua.”
“You don’t need to remind me.” Balas Izabell dingin ke arah lelaki separuh umur yang wajahnya hanya separuh kelihatan dalam keadaan yang gelap itu.
“Kau kena ingat Izabell, bukan kau seorang sahaja king yang masih hidup di sini, kami berlima juga adalah king yang mesti menjaga kesejahteraan dunia puntianak. Kami tak akan membiarkan kamu berbuat sewenang-wenangnya.”
“Huh, the five of you? Just an old crap that only talk and command everything without know the real situation. How shameful you dare to called yourself, the king.”
“Izabell!”
“Er…” Bila melihat keadaan mula tegang, Melody lantas bangun. “Maafkan saya, mungkin itu bukan maksud Izabell.”
“Habis, apa maksud sebenar dia? Budak kurang ajar!”
“Mungkin dia tak mahu tuan masuk campur dalam hal ni. Dan mungkin dia kedengaran macam tak beradab dengan tuan semua, tetapi tuan sendiri pun langsung tak menunjukkan adab yang sepatutnya kepada Izabell. Tuan tak menghormati keputusan yang dia buat. Malah, tuan memanggil kami semua datang ke sini dengan keadaan yang tergesa-gesa hanya untuk mempersoalkan keputusan Izabell.”
Mereka semua terdiam mendengar syarahan panjang lebar Melody dan wajah masing-masing mula berubah kelat.
“King have their right to make any decision without any agreement with other king, right? That’s the rule.” Sambung Melody lagi lantas membuatkan seisi yang hadir terdiam bisu.
Wajah melody ditenung mereka sedalam mungkin cuba mengigati wajah itu. Melody pula tegar. Hany senyap dengan kata-katanya tanpa langsung berusaha untuk membetulkan walau sedikitpun ayat dari kata-katanya walaupun dia tahu, kata-katanya sama kurang ajar dengan kata-kata Izabell.
Izabell tiba-tiba bangun dan diikuti dengan Grey dan Melody. “Bye.”
Sepatah lelaki itu bertutur sebelum dia melangkah keluar dari banggunan gergasi yang gelap itu meninggalkan seiisi dewan yang hanya membisu.
“They`re rude. Moonlight Academy is rude!”








Malam begitu sejuk tetapi langsung tak menjejaskan tubuh hangatnya. Dia melangkah perlahan ke banggunan yang begitu jauh dari perkarangan asramanya dengan senyap. Deria hidunya langsung tak mengesan bau makhluk lain melainkan bau harum milik satu makhluk yang menguasai dirinya. Perlahan dia melangkah masuk ke banggunan usang itu dan melangkah hanya dengan satu niat dihati.
Dia semakin menghampiri haruman itu dan berhenti apabila betul-betul berdiri di hadapan muka pintu yang sudah terkuak luas.
“You are failed!” Terdengar suara makhluk itu sebaik sahaj dia melangkah masuk.
“Correction. Im not fail. But not done yet.”
“Tak kisahlah. Tapi aku nak kau hancurkan dia secepat mungkin.”
“Huh,” Seiren tertawa sinis. “Don’t talk like it was the easiest thing to do. Kau tak tahu bertapa berkuasanya dia?”
“Aku tak peduli semua tu. Aku cuma nak kau hapuskan dia. SECEPAT MUNGKIN?”
“Give me some time please. Its not easy to kill him by using my power.”
Keadaan senyap seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki Seiren melangkah ke birai tingkap yang tertutup rapat.
“Fine, till the next Vampire Ball.”
“Ugh. Aku tak pergilah Vampire Ball nanti.”
“That`s not my business.”
“Jeez…”










“Where`s Seiren?” Tanya Izabell sebaik sahaja dia bertembung dengan Fey di ruang tamu.
“Upstairs…” Fey mula ragu. “In her room.” Kemudian dia mengetap bibirnya. Seiren dah balik ke belum?
“Lying! I can`t smell her!”
Tersentap Fey mendengar suara kasar daripada Izabell dan lantas dia bangun dari duduknya.
“Biar aku tengok.”
“Tak payah!” Izabell menghalang sebelum melangkah pantas menaiki tangga menuju ke bilik Seiren.
Saat itu Fey hanya mampu meraup wajahnya. “Habislah.”
“Apa kau buat?” Tanya Melody pula apabila sambil memeluk tubuhnya dan menjeling Fey yang hanya menjungkitkan bahunya.



“BUM!”
Pintu bilik Seiren dikuak kasar. Dan dia hanya terhenti di situ apabila melihat sekujur tubuh kaku terbaring di atas katil.
“Jangan nak tipu akulah.” Izabell bersuara sekaligus membuatkan Seiren mengetap bibirnya dan memejamkan matanya rapat sebelum dia perlahan-lahan bangun dan mengadap Izabell.
Melihat wajah masam dan malu Seiren hampir membuatkan Izabell tertawa. “Kau pergi mana?” tanyanya pantas untuk menyembunyikan senyuman lucunya.
“Tak pergi mana.” Geleng Seiren. Masih tertunduk.
“Kalau aku tau kau keluar tanpa kebenaran aku, nahas kau!” tutur Izabell sebelum dia melangkah keluar dan menutup kuat pintu bilik gadis tu.
“Ei.. bodoh betullah Izabell tu!” Marah Seiren sambil bantal peluknya ditekan ke wajahnya. “Berani dia memalukan aku!”

2 comments: