“Im sorry, Izabell.”
“Not accepted!”
“Eh?”
“Go away.”
“What?”
“You don’t understand?”
“No… Eh! I mean. Yes. Sorry… and er… bye.” Cepat-cepat Seiren melangkah keluar daripada bilik Izabell dan tak sampai sesaat pintu bilik lelaki itu tertutup rapat, dia mula menumbuk kuat dinding bahagian luar bilik lelaki itu.
“Aku akan koyak-koyak kan mulut dia suatu hari nanti.”
“Cubalah.”
Hampir terloncat Seiren dibuatnya apabila satu suara tiba-tiba muncul dari arah belakangnya. Dia tak sempat untuk berpaling memandang wajah lelaki itu apabila dia ditolak ke tepi tanpa amaran.
“Tepilah.” Izabell berlalu pergi. Turun dari tingkat dua banglo itu dengan tangannya yang memegang sepucuk sampul surat berwarna hitam. Dia langsung tak berpaling sekali lagi untuk melihat Seiren yang pucat lesi kerana terejut.
“Kenapa dia suka muncul tiba-tiba macam tu?”
“Sebab dia saja nak kenakan kau.”
Sekali lagi Seiren terperanjat apabila Fey yang menepuk bahunya muncul tiba-tiba seperti Izabell.
“Hai, kau pun karang aku tumbuk nanti.”
Fey tertawa kecik. “Garang pulak dia. Jomlah.” Pelawa lelaki itu.
“Pergi mana?”
“Kelaslah.”
Tiba-tiba Seiren tersenyum mengusik sambil jari telunjuknya dicucuk lembut ke pinggang Fey. “Mana Princess Melody kau?”
“Hmmph…” Sempat lelaki itu mendengus perlahan. “Entah. Awal-awal lagi dia dah pergi dulu dengan Grey and Desy. Merajuk dengan aku kot.” Dia bersuara selamba dan apabila mlihat Seiren masih tersenyum mengejeknya, lantas bahu gadis itu ditolak perlahan sambil tertawa. “Apa lagi kau ni. Dah cepatlah.”
Fey berlalu pergi dengan wajah yang masih tak lekang dengan senyuman, manakala Seiren tak sudah-sudah mentertawakannya.
“Ada sesiapa lagi tak yang tahu kau sukakan Melody?”
“Tak ada… Ish, bila masa pulak aku cakap aku suka Melody.”
“Tak payah tipu. Sekali tengok pun dah tau kau suka dia.”
“Memandai jelah.”
“Tapi Melody tak suka kau pun, kan?”
“Tau tak apa. So, jangan pandai-pandai nak buat cerita.”
“Cerita apa? Betullah kau suka Melody, kan?”
“Hei…” Hanya itu yang keluar dari mulutnya disertai dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.
Melihat Fey diam tak membalas, Seiren mula mencebik. “Tak nak jawab pun.”
“Apa jadi dengan budak nama Lauri tu?” Tiba-tiba Seiren tertanya-tanya ketika mereka semua kini berada di dalam kelas. Guru yang mengajar masih belum muncul walaupun jarum jam sudah melangkau angka 8 malam. “Dah mati, ke?” Soalan yang mungkin tiada jawapan. Dia kemudian berbisik kepada Desy yang termenung di sebelahnya. “Lauri macam mana?”
Desy hanya menjungkitkan bahunya membuatkan Seiren lantas mencemuh. “Kau semua benda tak tahu.”
Seiren kemudian memeluk tubuhnya. Niatnya untuk bertanya kepada Fey tentang Lauri terbatal apabila melihat lelaki itu duduk begitu jauh darinya. Disebelah Fey, duduk Melody yang tak sudah-sudah menayangkan keangkuhannya. Cuma Izabell yang masih belum kelihatan. Selalunya, di mana ada Melody, di situ ada Izabell. Tetapi kali ini lelaki itu nampaknya tidak berada disamping Melody.
“Good Night, all…” Bukan guru mata pelajaran mereka yang masuk, sebaliknya Tom dan disisinya berjalan Izabell yang seperti biasa kelihatan begitu memukau.
“Sorry to disappoint you but Mr. Alam can`t be with you tonight.” Lelaki itu bernafas sedalam mungkin apabila sampai di tengah-tengah orang ramai dan matanya sempat menurut langkah Izabell ke tempat duduknya. Dia kembali menghadap ke hadapan dan saat itu Seiren terasa seperti pandangan Tom tertumpu ke arahnya.
Sorry to disappoint? Sebenarnya Seiren lebih suka kalau Mr. Alam tak masuk dan mereka yang lain mungkin sependapat dengannya.
“Ok,” Dia berdehem pula. “Saya akan menggantikan Mr. Alam malam ini untuk menyampaikan beberapa maklumat kepada kamu. Pertamanya, mungkin semua dah tahu tentang Irayla…”
Sebaik sahaja Tom menyebut nama yang begitu asing pada Seiren lantas gadis itu berpaling memandang Desy disebelahnya.
“Adik perempuan Izabell.” Jawab Desy seolah-olah dia memahami maksud pandangan gadis disebelahnya itu dan dijawab dengan anggukan perlahan daripada Seiren.
“Saya harap kamu semua dapat berjaga-jaga.Kita tak tahu angkara siapa semua ni dan kita tak layak untuk menuduh mana-mana pihak. Kemungkinan ini semua angkara orang yang berada bersama kita…”
Seiren sedar dirinya sedang menjadi mangsa jelingan, tetapi tak dia endahkan.
“Dan mungkin angkara pihak luar…”
Seiren menjungkitkan sebelah keningnya apabila mendengar Tom menyambung. Gelingan Grey yang duduk tak jauh darinya dibalas dengan senyuman yang paling manis daripadanya.
“Keduanya, Lauri… puntianak yang disyaki terlibat menyerang Irayla semalam is gone…”
“Gone…” Lembut Desy mengulang kembali sebutan Tom dan kemudian Seiren disebelahnya turut mengajuk perbuatannya.
“Gone… Eh… Gone!” Gadis itu terjerit. “So, dia tak mati?!”
“Taklah!” Pantas Tom menjawab kasar dan matanya dijegilkan tak senang apabila gadis itu menyampuk. “Kau duduk diam-diamlah! Sibuk je!”
Apabila diherdik begitu, Seiren hanya mampu mencebik. Walaubagaimanapun, hatinya sedikit lega apabila diberitahu seperti itu. Semalaman dia tak dapat tidur apabila terpaksa memikirkan hal Lauri dan Izabell yang tiba-tiba menyusahkan hidupnya.
Tetapi, dalam keadaan lega itu. Dia tiba-tiba gelisah. Perasaannya menjadi ragu-ragu dan mindanya lantas menjalar kembali kepada siapa dia sebelum dia hadir ke Moonlight Academy.
Perlahan-lahan dia yang mula alpa dengan tugasnya kembali sedar dan tertanya-tanya. Adakah Lauri juga di arahkan untuk melakukan hal yang sama sepertinya?
Tak mungkin. She said… I`m the only phoenix. But why is Lauri here and he`s half phoenix? Monster? Tak mungkin semua ni rancangan dia.
“Seiren?”
Dia terkejut apabila namanya dilaung secara tiba-tiba. Apabila dia sedar, semua mata sedang tertumpu ke arahnya dan lantas dia terpaksa bertanya dua-kali tentang apa yang sedang dibicarakan.
“Hai… Aku cakap, kau ditugaskan untuk memburu monster yang dalam keadaan matang yang mungkin sekarang ni sedang bersembunyi di Dark Forest. Dengar tak?”
Seiren mengangguk. “Alone?” dia baru merancang untuk membawa Fey dan Grey bersamannya tetapi rancangan itu terluput apabila Tom menjawab soalannya sambil ibu jari tangannya diheret menjalar ke lehernya. Dan apabila melihat yang Izabell sedang menjeling pantas Tom menurunkan tangannya sambil tersengih.
“With Izabell…” Dan wajah lelaki itu kelihatan seperti dia tak mahu semua ini terjadi.
Buat seketika, Seiren kaku. Stop dragging me to hell… Dia sendiri tak tahu apa yang mesti dia katakan selain tersentap di situ sedangkan semua mata sedang merenung ke arahnya.
Apabila melihat Seiren tak berkata apa mahupun membantah, Tom hanya membiarkan soal itu berlalu. Dia kemudiannya meneruskan bicara kepada pelajar-pelajarnya dan setelah itu sepantas mungkin dia melangkah keluar dari kelas.
“Tom!”
Terdengar seseorang melaungkan namanya, segera Tom menghentikan langkahnya. Dan apabila dia berpaling, jelas kelihatan Seiren sedang mendekatinya dengan wajah yang begitu gusar.
“Kenapa aku pulak?”
“Ish, macamlah aku ada pilihan. Izabell yang minta kau ikut dia. Aku boleh kata apa?”
Muncung terus mulut Seiren apabila mendengar Tom berkata begitu. “Tolaklah. Cakaplah tak boleh.”
“Kan aku dah cakap aku tak ada pilihan.”
Seiren mengeluh. Dia sukakan wajah memikat Izabell tetapi untuk berdamping dengan lelaki itu, tidak sama sekali. Lelaki itu ibarat racun yang secara tiba-tiba boleh menular membunuh dirinya apabila secebis kesilapan terjadi.
Seseorang tiba-tiba melanggar bahunya.
“Huh, Melody…”
Gadis itu berjalan menonong tanpa langsung berpaling. Marah benar nampaknya gadis itu dengan Seiren.
“Oklah, Seiren. Good luck!”
Seterusnya Tom hanya dibiarkan melangkah pergi. Apa agaknya yang akan terjadi nanti? Nobody know.
“EXPLAIN!” Bentak Melody sebaik sahaja dia masuk ke bilik Izabell. Lelaki itu diam hanya memandangnya tanpa terlukis secalitpun ekspresi di wajahnya.
“Kenapa senyap?”
“What to explain?”
“Huh!” Gadis itu terseringai sebentar. “Don`t act dumb! Why Seiren?”
Izabell perlahan-lahan berdiri dia melangkah menjauhi Melody dengan memalingkan tubuhnya menuju ke anjung biliknya. Di situ kelihatan dia menarik nafasnya dan kemudiannya tanggannya diangkat kehadapan dan jari jemarinya menari seolah-olah dia sedang membelai udara di situ. Leka dia di situ tanpa langsung mempedulikan soalan Melody yang mungkin tak akan dijawabnya sampai bila-bila.
Sambil menggigit gerahamnya Melody melangkah geram keluar dari bilik lelaki itu. “You gone crazy!” jeritnya sebelum pintu bilik itu dihempasnya.
Pintu berdentum kuat sekali gus membuatkan Izabell tersenyum sendirian. “I`m crazy since I was born.”
“Again, again and again. Kenapalah kau nak membentak tiap-tiap hari macam ni?”
“Kau pun sama! Kenapa kau datang sekolah dengan perempuan tu tadi!” tanggannya diangkat lalu menolak tubuh Fey yang kebetulan berdiri memeluk tubuh di hadapan pintu bilik Izabell.
“Siapa? Sei? Dah tak ada orang lain. Aku ajaklah dia.” Balas lelaki itu sambil pantas berjalan menuruti langkah Melody yang kelihatan betul-betul tak teratur.
“Tak boleh datang sorang?!” Balasnya lagi dan kali ini keldengaran seperti mengherdik.
“Tak bolehlah. Aku takut.”
Gadis itu hampir-hampir tersengih mendengar gurauan lembut lelaki itu tetapi sempat ditahannya dengan mengherdik kembali lelaki itu. “Ish! Aku tak ada masa nak bergurau dengan kau!”
“Mel…” Lengan gadis itu dirangkulnya. Dan Melody lantas berhenti cuba memberi ruang untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Fey.
“Biar aku hantar kau ke bilik.” Fey tersenyum.
Mungkin kerana begitu tertekan dengan apa yang melangkah, gadis itu terus melangkah. Tak ada masa untuk melayan kerenah lelaki yang tak sudah-sudah gurauannya.
“12 am wait at The Sephire…” tilik Seiren kepada kertas kecil yang baru diterimanya tadi. Dan apabila dia memusingkan kertas itu, dia sedikit terkejut kerana masih terdapat pesanan di situ. “Don’t wear school uniform!!!”
Cepat-cepat dia melihat apa yang melekap ditubuhnya. “Luckily.” Lega seketika apabila sedar yang tiada lagi pakaian sekolah ditubuhnya. Black pocket short dan white long hand XOXO blause dipadankan dengan grey adoraboot dari Old Navy melengkapkan perjalanannya malam ini.
Terkial-kial dia mencari ‘The Sephire’ yang dimaksudkan dan apabila ternampak seseorang yang mungkin dikenalinya, dia lantas berlari ke arah itu.
“Lambatnya!” herdik Izabell sebaik sahaja Seiren sampai disisinya. Wajahnya kelihatan benar-benar letih dan suram membuatkan Seiren sedikit terangguk.
Oh, beginilah rupanya wajah raksasa menawan yang mencuri hampir kesemua hati manusia yang berada dekat dengannya apabila dia keletihan. Humm.. kesian.
“Tak payah nak kesiankan aku.”
Tersentak seketika Seiren tetapi kemudiannya dia tersenyum. Melihat Izabell mengeluh berat, senyumannya mati tiba-tiba. Ditahan hatinya daripada berbicara kerana takut perasaannya dibaca. Tetapi sebenarnya hatinya begitu berat melihat wajah suram lelaki itu. Senyuman sinis yang tak pernah lekang dari bibirnya hilang hari ini menghilangkan seri pada hari itu.
“Apa yang kita tunggu lagi?”
Izabell tak menjawab, hanya menjeling sekilas gadis yang rendah separas telinganya dan kemudiaannya mengeluh lagi.
Hairan Seiren melihat keadaan itu. Ditiliknya lelaki yang memikat dengan kemeja putih denim Tommy Hilfiger dan seluar slack hitam yang dipakainya, dan hatinya tak dapat lari daripada bertanya, kenapa dan mengapa dia begitu gusar?
“Kenapa kau sibuk sangat nak tahu? Kalau kau nak pergi, pergi jelah dulu. Banyak mulut pulak!”
“Eh, kenapa marah? Aku tak cakap apa pun?”
“Kalau kau tak cakap pun aku boleh tahulah.”
“Memanglah kau boleh tahu, dah kau baca fikiran orang! Stalker betul!”
“Heh!” lengan Seiren dicengkamnya kuat tetapi dia tak jadi untuk membuka mulut lagi apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.
Dilepaskan kasar lengan gadis itu dan dijawab panggilan telefon bimbitnya. “What?”
“She`s fine?”
“God…” Dia kelihatan lega. Apa sebenarnya yang menganggu fikirannya dan apabila dia mematikan talian pantas Seiren cuba bertanya.
“Ke…” terus mati kata-katanya apabila melihat Izabell berjalan meninggalkannya.
“Tadi tak sabar sangat, sekarangni terhegeh-hegeh pulak. Cepatlah!”
Tercengang Seiren. “Asyik nak marah aku je.”
“Dah kau tu gila!”
“Tak pasal-pasal aku yang gila. Kenapa? Tadi kau risaukan adik kau ke? So, is she fine now? Kalau kau nak dia lebih ok, apa kata kalau kau jangan nak naikkan darah aku!”
Izabell tertawa kecil melihat wajah bengang Seiren. “Kalau kau sentuh adik aku, aku akan rampas apa yang kau ada.” Pesannya lembut sebelum dia melangkah lagi meninggalkan Seiren yang begitu geram dengan kata-kata lelaki itu.
“Apa yang kau nak rampas, ha?! Aku tak ada apa-apa dalam dunia ni!” Laung gadis itu kuat dan melihat Izabell hanya senyap tak menjawab, dia betul-betul terganggu. Apa lagi yang Izabell dah tahu tentang dirinya? Jantungnya berdegup kencang dan dia mula tak senang hati.
Bedebah punya Izabell!
wah...milord nk lgi!!
ReplyDeleteske la bce cter ni...
dear milord...bila nk sambung?tk sabar la..plissss.
ReplyDeletemilord...bila nk smbng agi nih ? excited nk ep seteros ny,,plss,,
ReplyDelete