Friday, October 22, 2010

The Tempting Temptation 8

Seiren terkejut. Betul-betul terkejut melihat apa yang berada di depan matanya. Keadaan malam yang gelap itu langsung tak membuatkan situasi yang belaku di hadapannya kelihatan kabur.

Seorang budak lelaki yang mungkin berumur 15 tahun kelihatan disiksa teruk oleh tiga makhluk yang tak asing lagi bagi Seiren. Budak itu terbaring lemah manakala kepalanya terdongak apabila rambutnya dicengkam dan ditarik kuat oleh Grey. Tubuhnya mengerekot dan kadang kala dia meronta-ronta seperti sedang disakiti. Tetapi, apa yang menyakitinya selain daripada luka teruk di tubuh dan kepalanya.

Pandangan Seiren terus berlari ke arah Desy yang berdiri membatu. Mata gadis itu kemerahan dan mungkin dia sedang menggunakan kuasanya. Kuasa apa?

“Oh no, mind torture.” Gumam Seiren perlahan melihat budak yang hampir-hampir tak terkawal keadaannya itu. Sedangkan Izabell hanya berdiri senyap dan Seiren dapat merasakan aura kuasanya sedang mengelilingi kawasan ini.

Dia sendiri ketakutan melihat apa yang terjadi dan dia sendiri tak tahu sama ada ketiga-tiga mereka sedar akan kehadirannya. Perlahan-lahan kakinya diundurkan setapak demi setapak menjauhi situasi itu.

“Stop! I said I don’t know!” Budak lelaki itu tiba-tiba menjerit. Seiren tak jadi melangkah ketika mendengar suaranya. Apabila budak itu kelihatan seperti hampir berdiri, pantas Grey memijak kuat pinggangnya. Saat itu, Seiren terdengar bunyi seperti tulang balakang budak lelaki itu patah teruk apabila dipijak Grey.

Tak cukup dengan itu kepalanya ditumbuk kuat dan dibenamkan ketanah seblum dia angkat dan di tumbuk lagi oleh Grey. Tangan yang tadinya berada di sisi terangkat secara automatiknya ke mulut apabila melihat situasi itu.

Keadaan senyap kembali. Grey berhenti memukulnya, hanya Desy yang masih memainkan tugasnya.

Buat seketika, Seiren menyangkakan budak lelaki itu mungkin sudah mati ketika dia langsung tak bergerak. Tetapi sangkaannya melayang pergi apabila pandangan mata lelaki itu tiba-tiba terpaku ke arahnya. Dengan kepala yang masih terdongak dan pandangan mata yang hampir-hampir terlindung oleh darah yang mengalir ke wajahnya, dia kelihatan seolah-olah merayu Seiren untuk menghentikan keadaan ini. Dan pandangan mata itu… sungguh suci, sungguh indah sehingga menggoda hatinya.

Mungkin tak sedar dengan apa yang dilakukannya, Seiren pantas berlari menghampiri kejadian itu. Apabila di mula menghampiri Desy, lantas tangannya kirinya didepakan ke arah gadis itu dan secara tiba-tiba angin kecil yang kuat bertiup ke arah Desy hingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.

Kemudiannya dia cuba untuk menjauhi Grey daripada kejadian itu tetapi tak berhasil.

“Hand off!” Gesanya lagi apabila Grey langsung tak bergerak. Dan Grey tanpa menunggu sesaat terus mencengkam leher Seiren yang menghalang tugasnya.

“Not that simple!”

“Argh!” Grey terjerit kecil ketika bahunya ditusuk kuat oleh Seiren sekaligus cengkamanya pada leher Seiren dan rambut budak lelaki itu terlepas.

Tanpa membuang masa, tubuh budak lelaki itu dirangkulnya dan lantas anak mata yang begitu cantik itu bertembung dengan pandangannya. Entah kenapa, ketika dia merenung mata itu, hatinya terasa begitu sepi, senyap dan sayu. Terasa seolah-olah hanya dia dan budak lelaki itu bearada di suatu tempat yang lapang, cerah… terlalu cerah hinggakan dia tak dapat melihat apa-apa melainkan dirinya dan lelaki itu. Masa bagaikan terhenti dan semua hidupan bagaikan kaku tak bergerak.

Tiba-tiba terasa sesuatu menyentuh pipinya membuatkan dia kembali ke alam sedar. Sentuhan yang begitu lembut dan hangat dihadiahkan oleh budak lelaki itu sambil tersenyum ke arahnya. “Thanks… but too late.”

“Ah?” Seiren tak sempat untuk bertanya dua kali apabila tiba-tiba rambutnya yang dilepas tak bersanggul itu tiba-tiba derentap kuat dari arah belakang. Dia tak sempat untuk bertindak apabila merasakan yang tarikan di kepalanya itu begitu kuat hingga memaksanya untuk berdiri.

“Luka lama kau masih belum sembuh dan sekarang kau dah nak cari luka baru?!” tenang lelaki itu berbicara sambil tangan yang sebelumnya mencengkam rambut Seiren kini memaut keras tulang rahang gadis itu.

Serentak dengan itu Seiren terjerit apabila merasakan kesakitan di seluruh wajahnya. Kesakitan seperti wajahnya diseterika oleh seterika yang panas. Tangannya pula tak mampu untuk menarik kembali lengan yang menyakitinya apabila kedua-duanya kaku tak bergerak. Kepalanya sakit dan seluruh tubuhnya terasa begitu panas seperti dilayur di atas unggun api.

Izabell menggunakan pelbagai kuasa ke atasnya secara serentak!

Apabila melihat mata gadis itu yang terpejam rapat dan seluruh otoknya yang menegang seperti meronta untuk melepaskan diri, lantas Izabell bersuara lagi. “Sakit?”

Seiren tak menjawab. Hanya keningnya yang bergerak-gerak memberitahu kesakitan yang dialaminya.

“Sepatutnya kau tak masuk campur dalam urusan aku, kan?” Sekali lagi Izabell mula berbicara tanpa ingin mendapat balasan daripada Seiren. “Dah berkali-kali aku beri amaran supaya jangan cari pasal dengan aku tapi kau tak dengar. Kau memang betul-betul nak mati, ke?”

Cengkamannya pada rahang Seiren melurut ke pangkal lehernya. Dan di situ cengkamannya semakin kuat hingga membuatkan Seiren tersedak beberapa kali dan pandangannya mula berpinar-pinar.

“Should I kill you?” Bisik Izabell sambil tubuh gadis itu ditarik mendekatinya. “Or maybe I should spare you?”

Seiren teragak-agak. Kesakitannya dah tak tertanggung lagi tetapi dia tak mampu untuk menjerit. Tekaknya terasa begitu kering dan lidahnya bagaikan tersimpul mati. Teringin sekali dia merayu kepada Izabell supaya melepaskannya tetapi hati dan egonya menghalangnya. Lantas apa yang keluar diri mulutnya hanyalah dengusan kecil.

Semakin mendidih darah Izabell apabila melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Tanpa bersuara atau memberi amaran, dia mencekik kuat leher gadis itu sehingga membuatkan Seiren tercekik dan betul-betul tak mampu untuk bernafas. Ini bukan kali pertama dia dicekik oleh Izabell, tetapi kali ini nyawanya seperti hampir-hampir melayang menahan kelakuan lelaki itu.

“Please…” Tiba-tiba satu suara yang begitu perlahan menaganggunya. “Don’t kill her.”

Budak lelaki itu merayu. Izabell tak melakukan apa-apa selain mencerlung tajam ke arah budak itu sebelum tubuh budak lelaki itu tercampak apabila dia disepak kuat oleh Grey.

“No…” Seiren terasa seolah-olah kembali bernyawa apabila melihat lelaki itu dipukul teruk oleh Grey. “Jangan… Izabell. Lepaskan dia!”

“Huh? Nampak macam kau lebih sayangkan dia daripada nyawa kau sendiri. Apa hubungan kau dengan pembunuh ni?”

“I don’t know who he is but please… don’t kill him!”

“Don’t kill him?” Izabell mendongakkan sedikit kepalanya dan tangan yang mencengkam leher Seiren tadi dilepaskan lalu dia memaut lengan gadis itu menariknya menghampiri budak lelaki yang dipukul tadi. “Don’t want me to kill him?”

Seiren tak menjawab sebaliknya pandangannya yang sudahpun berkaca-kaca tak lepas dari melekap ke arah mata yang begitu kasihan itu.

“NO! I said no!” Seiren meronta cuba dilepaskan apabila kelihatan Grey seperti hampir-hampir mencabut kepala lelaki itu. “Stop Grey. Please…” Apabila sedar tak guna dia merayu kepada Grey lantas pandangannya beralih kepada Izabell. Kot yang dipakai lelaki itu dicengkamnya kemas.

“Izabell, tolonglah. Kalau aku diberi pilihan sama ada nyawa aku atau budak ni, aku akan pilih dia. Kau boleh bunuh aku, tapi tolonglah lepaskan dia?”

Izabell senyap seketika. “Aku tak faham kenapa kau nak tolong budak ni sedangkan kau sendiri cakap kau tak kenal dia?”

“Huh…” Dalam keadaan yang genting itu, Seiren tiba-tiba tersengih. Matanya yang begitu lemah tadi mencerlung Izabell seolah-olah dia sedang menyindir lelaki itu. Tangannya yang mencengkam kolar baju lelaki itu dilepaskan dan tak sampai sesaat dia bebas dari genggaman lelaki itu, dia kembali direntap kuat dari belakang oleh Desy yang mungkin sedar Izabell tak ingin gadis itu bebas tanpa kawalan. Walaubagaimanapun, Seiren langsung tak terkejut dengan tindakan Desy. Dia tahu mereka begitu setia dengan Izabell.

“Dengar sini the king of our kind. Walaupun seribu kali sejak aku melangkah kebanggunan ini nyawa aku selalu jadi taruhan, walaupun seribu kali tubuh aku ditusuk tanpa kasihan, walaupun aku dipandang dengan pandangan yang begitu kejam, aku nak kau tahu, aku tetap ada hati. Dan hati aku selalu ada untuk oang yang memerlukan. Dan kerana aku ada hati aku tak sanggup melihat seseorang yang perlukan pertolongan dibunuh di depan mata aku tanpa aku berbuat apa-apa. Aku tak tahu sepedih mata jiwa kau bila melihat orang yang kau sayang dibunuh tapi aku nak kau tahu, nyawa seseorang itu kadang-kadang lebih berharga daripada nyawa kita sendiri. Dan mungkin lebih berharga daripada nyawa aku dan… kau.”

PANG!

“Kau…” Izabell kelihatan begitu lelah ketika dia menudingkan jarinya ke arah Seiren selepas pipi gadis itu ditamparnya. “Kau tak layak barcakap soal nyawa dengan aku! Kau tak layak!”

Dan mungkin kerana dia tak dapat mengawal amarahnya lantas dia menghampir merentap tubuh Seiren lalu tanpa isyarat dibenamkan taringnya ke leher Seiren yang terdedah.

Semua yang berada di situ terkejut termasuk Seiren.

“KING!” Jerit Desy tetapi sebelum sempat dia menarik Seiren jauh daripada lelaki itu, Seiren sendiri terlebih dahulu menolak Izabell menyababkan lelaki itu jatuh terduduk.

Wajah gadis itu pucat lesi manakala tangannya tak lekang dari menekan kuat lehernya yang berdarah. Dia kelihatan tak tentu arah dan kelihatan begitu terkejut sebelum dia berlari meninggalkan keadaan yang kaku itu.

“Mana Seiren?” Tanya Fey.

“Nobody know.” Jawab Melody pantas sebaik sahaja Fey selesai bertanya. Kemudiannya dia menjegil tajam Izabell disebelahnya sebelum melontarkan suara tak puasa hatinya. “Are you insane?”

“Maybe!” Dan keras Izabell menjawab sehingga gadis itu tak jadi untuk bersuara lebih lanjut.

Mereka senyap lagi. Kelima-lima Grey, Desy, Melody, Fey dan Izabell kesemuanya berada di ruang tamu. Masing-masing menyimpan seribu pertanyaan tetapi belum cukup tenaga untuk dilontarkan pertanyaan itu apabila melihat Izabell kelihatan begitu menakutkan.

“Er… jadi… apa agaknya hubungan Seiren dengan Lauri?” tergaru-garu jari Fey di kepalanya yang tak gatal. Semua memandang tepat ke wajahnya apabila dia bertanya dengan memberikan pandangan seolah-olah mereka sedang berkata ‘kau tak tahu nak baca keadaan ke?’. Cuma Desy yang duduk disebelahnya hanya termenung bagaikan orang bodoh tiba-tiba menjawab pertanyaannya.

“Lauri half phoenix, kan? And bapa dia monster…?”

“Yup. And Seiren totally purely phoenix. No way they have some kind of blood related, right?” Jawab Fey kembali.

“Who know. Tapi… kenapa darah Lauri tak warna putih?”

“Ummm… That`s not the question. So, no answer for that.”

“Hey, it is a question. Anyway, Izabell…”

Secara tiba-tiba gadis itu tiba-tiba membisikkan nama Izabell dan serentak dengan itu pandangan Izabell tertumpu ke arahnya.

“You hurt Seiren a lot since the first time she came here. Don’t you feel sorry for her?”

Soalan yang mendadak itu membuatkan semua orang terkejut.

Tetapi tidak bagi Izabell, dia terus menjawab soalan Desy sambil senyuman terukir di bibirnya. “Kenapa? Kesiankan dia? Mungkin perempuan tu membuatkan kau teringat pada kekasih hati kau yang dah mati tu?”

Buat seketika, wajah Desy kelihatan terganggu. “Memang macam tu pun. Tapi, apa kata kalau kau jawab soalan aku dulu.”

“There is no reasons to answer the question. If im pity with her I wouldn’t hurt her.”

“Huh, what the hell. Can you please stop all this? Don’t talk about Seiren?” Tiba-tiba Melody mencelah dengan wajah yang kelihatan tak kurang hebatnya terganggu seperti Seiren. Buat seketika, dia terasa bagai disisihkan oleh pujaan hatinya. Yang meniti di bibir lelaki itu cumalah, Seiren, Seiren, and Seiren. Gadis itu mula naik jelek dengan semua ini.

“Sorry Melody, to me we can`t forget about Seiren. She`s the piece of trouble if we let her without a guard.”

“Yup, agreed!” Sahut Fey dengan kenyataan Seiren dan dia hanya mampu menjungkitkan keningnya apabila melihat Melody menjegilkan mata ke arahnya.

“Bila fikir-fikir balik, kenapa Seiren tak balik?” Grey yang dari tadi terdiam tiba-tiba bersuara.

“Of course sebab dia takut!”

“Maybe.” Desy mengangguk mengiyakan kata-kata Melody sebelum dia kembali menyambung. “Not to forget, Pheonix adalah sejenis makhluk yang sensitif apabila ada taring cuba menyentuh lehernya. Tambahan pula kalau taring tu adalah milik king yang selalu mengancam untuk bunuh dia. Mestilah dia tak rela, kan?”

“Aah, tak rela untuk menghambakan diri kepada king yang kejam…” kemudiannya Fey menjeling Izabell yang kebetulan sedang menjeling tajam ke arahnya. “Ops, im not talking about you.”

Mereka senyap seketika. Melody tak sudah sudah memeluk tubuhnya dengan wajahnya yang jelas kelihatan terganggu. Manakala Grey tetap setia berdiri disebelah Izabell dan kelihatan seperti dia tak akan berganjak walau apa pun terjadi. Berlainan pula dengan Fey yang tak lekang-lekang dari senyumannya hingga menyebabkan Desy disebelahnya hampir-hampir mengangkat tangan untuk menamparnya.

Lama mereka begitu sehinggalah terdengar Izabell mendengus keras apabila melihat Tom yang tanpa mereka sedar sedang terduduk lesu di kerusi sebelah Fey.

“Tom!” Fey menjerit terkejut. “Sejak bila pulak kau ada dekat sini?”

“Hai… Seiren tak balik lagi ke?” Tom menjawab soalan Fey juga dengan soalan dan serentak itu dia mengeluh pula. “Aku dah cari merata tempat, tetap tak jumpa dia. Apa kau dah buat ni Izabell.” Lembut dia berbicara sambil matanya hanya merenung kosong kea rah lanta di depannya.

“Iza tak salah apa-apa pun. Janganlah asyik nak serang dia je.” Sahut Melody mempertahankan Izabell.

“Habis tu? Salah kau ke, Melody?”

“Kenapa salah aku pulak. AKu tak ada kena mengenalah dengan perempuan tu. Dia yang lari. Salah dialah!”

“Hai…” Tom mengeluh lagi.

“Kalau dia tak balik-balik macam mana ni? Kalau dia mati kena bunuh dengan puntianak lain? Macam mana pulak kalau dia bunuh diri? Or mungkin dia dah pergi jauh? Susah hatinya.” Suaranya kedengaran seolah-olah dia begitu risau dan letih. Bunyinya seperti seorang ibu yang meratap kehilangan anak perempuannya. Begitu sedih.

Dan pabila sekali lagi Tom mengeluh, serentak dengan itu hujan lebat terus mencurah ke tanah. Bunyi bising daripada air hujan itu membuatkan mereka hampir-hampir tak dapat mendengar apa-apa melainkan bunyi degupan jantung sendiri.

Tak ada suara lagi yang kedengaran yang ada hanyalah wajah-wajah sebal yang sukar untuk ditafsir dari setiap mereka yang berkumpul disitu. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi dan Seiren tetap tak pulang-pulang. Tom kelihatan semakin susah hati.

Tiba-tiba Desy berdiri. Dan pantas dia berlari mendaki tangga banglo itu dan terus menuju ke bilik Seiren. Semua yang melihatnya tercegang.

“Desy tu pun kadang-kadang tak betul jugak!” Cemuh Melody sambil meyilangkan kakinya dan dia menjegilkan matanya apabila Fey menmandangnya soalah-olah berkata ‘stop teasing that girl’.

Dia tak sempat untuk bersuara lagi apabila Izabell turut berdiri secara tiba-tiba dan terus melangkah menuju ke biliknya.

Mendengus. “So, Fey. Don’t you want to go to your bedroom?”

Sindiran Melody itu dijawab dengan tawa oleh Fey dan senyuman daripada Grey. Nampaknya gadis itu dah penat dengan semua ini. Penat apabila Izabell terus-terusan tidak mengendahkannya.

Desy menguak perlahan pintu bilik Seiren dan seperti yang disangkakannya, gadis itu sudah pulang. Pulang dengan tubuh dan rambut yang basah kuyup. Gadis itu terduduk memeluk lututnya disebelah katilnya. Perlahan-lahan Seiren melangkah, menarik tuala yang tersangkat berdekatan dengannya lalu menghampiri Seiren.

“Mana kau pergi?” Desy melutut di hadapan gadis itu.

Lama gadis itu menunggu sebelum lambat-lambat Seiren menjawab. “I m s c a r e d..”

“I know... Merlin also scared at the first time he met Izabell.”

Desy menggunakan tuala yang diambilnya tadi untuk menggeringkan lembut rambut Seiren. “Boleh aku tengok leher kau?”

Seiren tak teragak-agak sebelum mendongakkan kepalanya. Leher putih melepaknya kemudiannya disentuh Desy perlahan dan berhati-hati. Dua titik halus yang hampir tak kelihatan melekap di leher gadis itu. “There must be nobody had ever touch you neck, isn`t it?”

“It was terrible, right? The feel of fear and trembling when someone that know he will be killed trying to kill you.”

Seiren senyap. Kepalanya yang didongak tadi ditundukkan kembali sebelum matanya dipejam rapat. Dia hanya membiarkan Desy mengulas dan mengeringkan rambutnya.

“Jangan salahkan Iza. Dia mungkin tak bermaksud untuk melakukan semua itu. Dia sendiri tahu yang phoenix tak mahu disentuh tanpa mereka sindiri izinkan.”

“But why he still doing that?” serak suara gadis itu apabila bersuara.

“Because of your word. Remember your word, Seiren.” Apabila melihat Seiren hanya senyap dan wajahnya jelas kebingungan, Desy bersuara lagi. “Ingat lagi tak kau cakap nyawa Lauri lebih berharga daripada Izabell?”

“Lauri…? That boy?”

“A`aa… And apa agaknya yang membuatkan Izabell bertindak macam tu.” Lembut Desy bertutur sebelum dia melunjurkan tangannya dan secara tiba-tiba memeluk Seiren yang masih dalam kebingungan. “Izabell is not a heartless. Walaupun dia sedikit kejam, kau kena fikir betapa tersiksanya dia apabila mak ayah dia dibunuh dahulu. Dan mungkin kau tak tahu semua ni, tetapi adik perempuan dia dalam keadaan tak sedarkan diri apabila dia diserang puntianak yang tak dikenali semalam. Sebab itulah kami serang Lauri semalam untuk dapatkan bukti.”

Setelah itu, dia melepaskan pelukannya dan menyentuh pipi Seiren, “Kau tahukan, dia kehilaangan ibu, ayah dan Paradise… aku tak tahu apa merasaan kau tapi aku boleh rasa apa yang Izabell rasa bila dia tahu yang adiknya sedang bergelut dengan maut.”

Desy tertunduk. Berkaca-kaca mata Seiren apabila mendengar kata-kata Desy. Rasa seperti dia ingin bangun sekarang dan meminta maaf kepada Izabell diatas kata-katanya tadi.

Dalam pada itu dia sempat terkejut apabila memikirkan yang Desy bertutur seolah-olah dia seorang pakar kaunseling dan wajah dungu gadis itu tiba-tiba hilang entah ke mana.

Sunday, October 3, 2010

The Tempting Temptation 7

Malam begitu gelap sedangkan bulan mengambang cerah. Angin bertiup kencang dan musim luruh tahun ini kelihatan lebih dingin daripada biasa.
Bunyi derapan kaki mahupun bunyi suara orang berbual langsung tak kedengaran walaupun berduyun-duyun pelajar lelaki dan perempuan kelihatan berkumpul di hadapan sekolah itu.
Pelawat-pelawat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah yang membuat lawatan ke Pesta Cahaya Moonlight Academy malam itu mula kehairanan.
Mereka melakukan persediaan yang baik dengan menghias dan menyusun lampu-lampu dan perhiasan-perhiasan di sekeliling sekolah mereka. Tetapi, tak seorang pun daripada mereka mendampingi perhiasan itu. Masing-masing berkumpul sesama sendiri memerhati makhluk yang baru masuk ke kawasan mereka.
“Kenapa tak ada seorang pun yang bagitahu aku yang hari ni adalah hari Pesta Cahaya?” Tanya Seiren apabila melihat perubahan yang berlaku pada kawasan sekolahnya hari ini.
“Dah kau sibuk cari pasal, memanglah kau tak tahu.” Balas Desy dan hanya di jawab dengan cebikan daripada Seiren.
“Perli aku pulak.”
“Bukan peril, aku cakap je.”
“Perli la tu.”
“Kalau kau terasa ambillah!”
Kedua-dua mereka tercebik. Seiren terasa begitu pelik apabila tak ada seekor puntianak pun yang menganggunya malam itu. Semuanya senyap dan langsung tidak memandang dan mengherdik ke arahnya.
“Puntianak-puntianak ni, nampak makanan terus terlupa aku yang dikatakan pengkhianat ni!”
“Yela tu. Mana mungkin kami lupa pasal kau.” Tiba-tiba satu suara menganggunya. Seiren berpaling ke belakangnya.
“Eh, Mel. Lama tak Nampak kau.”
“Urgh!” Lantas gadis itu mengetap bibirnya. “Jangan panggil aku macam aku ni kawan lama kau yang dah beribu tahun tak jumpa!”
“Janganlah sampai beribu, umur aku baru 18 tahun. Muda lagi.”
Seterusnya Meloddy hanya memeluk tubuhnya dan memalingkan wajahnya daripada terlihat senyuman mengejek Seiren yang secara langsung menyakitkan hatinya.
Melihat Melody tak langsung menghiraukannya, mata Seiren kembali tertumpu kepada manusia-manusia yang tercengang-cengang melihat keadaan yang sepi walaupun malam itu merupakan pesta cahaya yang sepatutnya menjadi riuh rendah dan bukannya sepi sebegini.
Dan kemudiannya dia kembali berbisik kepada Desy yang macam patung berdiri di sebelahnya. “Takkan kita nak senyap macam ni je?”
“Aku pun tak tahulah.”
“Go and greet them!”
“I don’t know!” Balas Desy
“Ei, bodohnya.”
“Kalau kau pandai sangat, pergilah sambut tetamu-tetamu kau tu!” Jawab Melody tiba-tiba. Mungkin tak tahan dengan perkataan bodoh yang dikeluarkan oleh Seiren.
“Aku? Layak ke aku? Aku kan phoenix?” Sindirnya dengan nada mencemuh.
“Hah, phoenix macam kaulah yang berlagak pandai berkawan dengan manusiakan? So, pergilah. Bila kau ada, semua manusia suka kau, kan?”
“Lah, dah memang kenyataan manusia suka dekat aku, yang kau dengki kenapa?”
“Aku tak dengkilah. Ingat aku tak tahu kau tu buat-buat baik je untuk dapatkan perhatian orang!”
“Kalau kau nak orang semua perhatikan kau, buat-buatlah baik. Sibuk-sibuk je nak kata orang itu ini. Dengki betul!” Balas Seiren kasar sekaligus kata-katanya itu menyebabkan Melody betul-betul naik darah. Dia terus memeluk tubuh lantas kepalanya didongakkan sambil matanya mercerlung tajam gadis tinggi lampai dihadapannya itu.
“Heh, listen here. I don’t bother about what people thinking bout me?”
“So what? Me too!”
“Don’t copying me?”
“Who the hell are you for me to copying you!”
“Im Melody Rose!” Saat itu wajah Melody begitu hampir dengan wajah Seiren dan kedua-duanya kelihatan seperti hampir-hampir memulakan perang besar di situ. “And Im the Noble Vampire who deserve to be beside Izabell than anyone else!”
“And what bout me. Seiren Diaz, the pheonix that only can give Izabell what he want? Can the arrogant noble like you win against me?”
“How dare you!” Melody mula berang.
“Are you really can give me what I want?” tiba-tiba kedengaran suara lelaki itu. Langkahnya yang disusun kemas menyerlahkan tubuhnya yang sempurna. Apabila dia melangkah, soretan matanya langsung tak berganjak daripada mangsanya dan itu membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti kaku terpesona dengan kecantikan yang ada padanya. Perang yang hampir meletus itu tiba-tiba reda apabila suara itu menganggu mereka dan orang ramai mula berundur meninggalkan kedua gadis itu ditengah-tengah bersama satu-satunya lelaki yang mampu mengawal mereka.
Seiren terkejut. Tadi dia tak ada di sini, kan? Wajahnya dipalingkan daripada memandang anak mata merah kehitaman itu. Izabell selalu kelihatan seperti sedang mengancam nyawanya. Menakutkan!
“And you Mel, are you happy to arguing something bout me with this hopeless kid.”
“Im not hopeless…” Seiren yang hampir-hampir melawan itu terdiam apabila mulutnya tiba-tiba ditekup dari belakang.
“Shut up.” Terdengar suara Grey keras memberinya amaran. Bau darah pekat melekap di telapak tangannya dan itu membuatkan Seiren hamper-hampir tak boleh bernafas menahan bau darah itu
Melody pula hanya tertunduk. “Im sorry.”
“Daripada kamu macam ni, apa kata kalau kamu, Mel and Sei pergi sambut tetamu-tetamu kita yang dah pucat lesi tu.” Muncul Fey dari belakang Izabell. Dia tersenyum ramah sehingga wajahnya kelihatan begitu manis dan menyejukkan.
Sei? Is that me?
“Yes, that was you.” Jawab Fey sekali lagi seolah-olah dia sedang menilik fikiran gadis itu.
Seiren berdecit. “Kau baca fikiran aku lagi!”
“Tak adalah.” Serta merta wajah professional Fey tadi bertukar seperti kanak-kanak yang tak puas hati.
“Kau ni tipu tak kena cara betullah. Dah memang sah-sah kau jawab apa yang terlintas di fikiran aku.”
“Aku tak jawab apa-apalah. Aku cuma bagitahu kau, yang Sei tu adalah kau.”
“Ah, tipu! Kalau kau dah baca fikiran orang tu cakaplah. Tak nak mengaku pulak.”
“ish…”
“Fey, kau nak sambut tetamu juga ke?”
Saat itu Fey hanya mampu meraup wajahnya, Grey hanya memeluk tubuh dan Melody mencerlung tajam ke arah Seiren yang tersenyum puas apabila Izabell menegur lelaki yang tanpa segan silu telah membaca fikirannya.
“Er… no thanks.” Jawap Fey ringkas dan itu membuatkan
Entah mengapa. Izabell kelihatan begitu menakutkan mala mini. Mata redupnya yang menawan kelihatan begitu mengancam. Wajah sinisnya menjadi begitu serius dan dasyat mala mini. Apa yang terjadi?
Seiren menelan air liurnya. Dia merasa benci untuk kelihatan takut dihadapan Izabell dan semua orang. Wajahnya pasti kelihatan begitu hodoh! Ya, hodoh! Jadi dia mengambil keputusan untuk menukar ekspresi wajahnya kepada wajah seperti dia tidak mempunyai perasaan takut mahupun gembira dihadapan lelaki itu.
Izabell mendengus perlahan. “Dah, kau and Mel. Pergi sambut budak-budak tu. Yang lain, pergi ke posisi masing-masing. Jangan berdiri macam orang bodoh di sini.”
Yang lain berlalu. Sempat juga mereka menjeling kea rah Seiren yang menyebabkan mereka dipanggil orang bodoh.
“Ni semua kau punya pasal!” Melody yang berjalan tidak jauh disebelahnya bersuara.
“Eh, aku pulak. Kau yang mula dulu.”
“Kaulah yang mula dulu.”
“Engkaulah yang sibuk-sibuk cakap Izabell tu kau punya siapa suruh. Kan dia dah datang.”
Melody tak jadi membalas kata-kata daripada Seiren apabila terlihat puluhan atau mungkin ratusan tetamu kini berada di depan mereka. Dia lantas mengambil tempatnya dan mengambil salah satu pembesar suara yang disediakan di situ.
Dia menjeling Seiren yang turut memegang pembesar suara di sebelahnya sebelum bersuara. “Welcome ladies and gentleman.” Sapanya dengan penuh menawan sehingga menyebabkan Seiren disebelahnya sempat mencebik kecil apabila orang ramai mula bertepuk tangan.
“Hari ini adalah Pesta Cahaya bagi sekolah kami, Moonlight Academy. Pesta ini diadakan demi untuk membalas budi baik anda semua yang menjemput kami ke Rose Hollis Ball minggu lepas.”
Tutur Melody lembut membuatkan seisi lelaki yang hadir di situ terbuai melihat kecantikannya. Manakala Seiren sekali lagi tercebik. Kata dekat aku, tapi dia tu yang suka cari publisiti murahan. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di tempat menunggu itu sungguh ramai. Kesemua mereka hanya mendengar kata-kata panduan dan syarat-syarat daripada Melody dalam masa yang sama mereka turut menjeling Seiren yang bersahaja sambil memuji keindahan pelajar-pelajar Moonlight Aacademy yang senyap-senyap meragut hati mereka semua.
Perkarangan sekolah itu begitu cantik walaupun sedikit gelap, suram dan senyap.
“Ok guys. Kepada student lelaki, boleh ikut saya. Saya akan tunjukkan serba sedikit mengenai sekolah kami. And to girls. Follow this lesbian girl.” Tunjuknya selamba kepada Seiren walaupun kata-katanya itu membuatkan Seiren tiba-tiba tersedak.
Kata aku lesbian pulak. Aku rogol kau nanti baru tahu.
Seiren bertambah geram apabila terpandang jelingan sinis daripada Melody. Oh, nak kenakan aku eh, nanti kau.
Seiren tiba-tiba menggenggam kuat skirtnya dan jari telunjuknya digerakkan sedikit dan lantas angin bertiup kuat dari arah hadapan membuatkan skirt sekolah pendek yang dipakai Melody terangkat dan membuatkan gadis itu terjerit.
HAHAHAHAHAH! Rasakan! Tawa Seiren senyap apabila melihat wajah merah padam Melody dan orang ramai yang terkejut melihat keadaan itu.
“Ok, ok. Mari semua!” Tanpa mempedulikan melody yang mati akal itu, dia lantas mengajak pelajar-pelajar perempuan yang berada di situ untuk mengekorinya. “Jangan pedulikan orang yang tak tahu menjaga hal-hal dibawah skirtnya sendiri. Jom!” Sempat dia menyindir.
“Er, perempuan ni...” Manakala Melody mengetap bibirnya. “Kalau aku dapat ni, aku bakar dia sampai rentung!”


Malam semakin pekat, tetapi orang ramai tetap tidak pulang-pulang. Masing-masing kelihatan terhibur dengan apa yang disediakan kepada mereka.
Fey kelihatan begitu senang didampingi pelajar-pelajar perempuan yang semuanya terdiri daripada manusia. Dia melayan mereka seolah-olah dia juga seorang manusia yang hobinya hanyalah melayan wanita.
Melody masih sedang menayangkan ke anggunannya kepada semua yang sedang dilayannnya. Tak sudah-sudah dia bercakap selembut-lembutnya walaupun wajahnya kelihatan seperti dia hampir-hampir termuntah!
“Cis, berpura-pura!” Seiren memeluk tubuhnya. Semuanya kelihatan seperti biasa. Yang luar biasanya, Izabell langsung tak kelihatan. Begitu juga dengan Grey, dan Desy.
Sedaya upaya Seiren menjeling ke kiri dan kanan. Bergerak ke setiap pelusuk taman itu untuk mencari kelibat mereka bertiga.
Tiba-tiba dia menghidu sesuatu. Sesuatu yang begitu pekat, mengalir tanpa henti. Dia melihat puntianak di sekelilingnya. Tak seorang pun kelihatan terganggu dengan bau itu.
Atau mungkin mereka tak dapat mengesan bau itu kerana Pheonix dikurniakan deria mengesan yang paling kuat antara semua golongan puntianak.
Gadis itu mula gelisah. Bau darah ni. Darah yang aku hidu di tangan Grey tadi. Kenapa semakin kuat baunya? Bau… darah… puntianak?!
Seiren mula terburu-buru melangkah. Cuba melintasi ratusan orang yang berada di situ dalam masa yang sama cuba mengesan arah bau darah yang pekat itu.
Tubuhnya mula menggeletar. Dia tak tahu kenapa tetapi dia dapat mengesan sesuatu yang tidak baik dan sesuatu yang menakutkan.
Darah yang dihidunya, sama seperti darah yang pernah diberikannya suatu ketika dahulu ketika dia hamper mati apabila seluruh keluarganya diburu oleh Noble dan King.
Darah ini… Milik wanita yang pernah menyelamatkan aku dahulu. Ya, aku pasti!
Dari mula berlari. Bergerak selaju mungkin ke arah yang berlainan. Bau darah yang dihidunya tadi mula bercampur aduk dengan satu bau yang begitu meloyakan.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Matanya terbeliak luas.
“Apa semua ni?”