Sunday, August 1, 2010

The Tempting Temptation 4

“Things turn upside down.” Kata Fey sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di hadapan Melody yang kelihatan begitu mencuka. “Tak sangka pun yang dia adalah Pheonix. Patutlah dia begitu cantik.”

Serentak apabila Fey habis bersuara, Melody terus mencelah. “Tolonglah! Aku dah tak larat dengar semua orang cakap dia cantik. Apa yang nak dibanggakan sangat dengan perempuan berdarah putih tu? Jijik aku bayangkan darah dia!”

“Im sorry. Tapi janganlah sampai jijik. Satu badan dia berguna untuk kita. Bukan untuk kita sahaja, tapi untuk semua makhluk sama ada di bumi atau pun di angkasa. Tapi, aku masih tak percaya yang dia phoenix.”

“Kenapa? Sebab kau rasa semua phoenix dah hancur, mati, pupus? Huh! Paradise tu pun kita tak tahu entah hidup ke mati.” Dia menyilangkan kakinya yang cantik dalam masa yang sama memeluk tubuhnya sambil merenung ke pintu utama banglo mereka walaupun tiada apa yang menarik di situ untuk dipandang.

Mereka di situ hanya mampu mengeluh apabila mendengar Melody masih tak sudah-sudah membenci Paradise walaupun gadis itu dah lama pergi. Tetapi, kata-kata Melody sedikit masuk akal. Tak siapa pun yang tahu sama ada Paradise masih hidup ataupun mati. Yang mereka tahu hanyalah kata-kata yang tak tahu kebenarannya daripada Izabell tentang kematian buah hatinya. Izabell juga seolah-olah mengunci mulutnya selepas kejadian yang teruk itu berlalu. Dia hanya mendiamkan diri, lebih banyak temenung daripada bersuara dan mencaci orang lain seperti kebiasaannya.

“Tak bagus kau ungkit tentang hal Paradise lagi. Dia dah lama pergi. Sama ada dia masih hidup ataupun tidak, kita sendiri pun tak tahu. And, dia langsung tak munculkan diri dan tak seorang pun daripada kita pernah terserempak ataupun mengesan dia. Jadi, mungkin betul yang dia dah mati. Tak kanlah kau tak percayakan Iza?”

Melody lantas mendengus sambil mulutnya terjungkit dan wajahnya kelihatan begitu terganggu dengan sesuatu. Dia menguak rambutnya kebelakang dan kemudiannya menggigit kukunya dan dia menjeling tajam ke arah Fey disebelahnya. “Aku tak percayakan Iza. Sedikit pun aku tak percayakan dia! Dia boleh bohong kepada semua orang tetapi bukan aku! Setiap pagi aku asyik dengar dia merigau, terlaung-laung nama perempuan jahanam tu! Aku tak percaya. Aku tak percaya dia bunuh Paradise. Aku tak percaya Paradise dah mati!” Dia bangun dari kerusinya dan apabila dia bangun, selendang yang tersangkut di bahunya melurut jatuh ke lantai dan perlahan-lahan dipungut oleh Fey. “Aku geram. Aku tak tahan tengok perangai dia macam tu. Kenapa dia tak terima aku sepenuh hati dia?!Dan bila perempuan sundal tu datang. Dia asyik fikirkan perempuan tu je. Aku benci! Ikutkan hati, aku nak bunuh perempuan tu dengan tangan aku sendiri.”

“Mel...”

“Sudahlah. Kau tak payah nak bela Iza lagi. Tengok ape yang dia dah buat kepada Seiren Si Bedebah tu. Dengan apa yang dia dah lakukan, aku percaya dan aku yakin, Paradise masih hidup!”

Serentak dengan itu lantas dia mengatur langkahnya dan beberapa saat kemudian, terdengar dentuman kuat pintu biliknya.

“Nampaknya dia betul-betul marah.” Fey mengeluh. “Tolonglah jangan sampai kau bakar rumah ni Mel.”

Sekali lagi dia tak sempat menutup telinganya apabila satu dentuman pintu berbunyi lagi. Terlihat Tom tercungap-cungap di muka pintu. Wajahnya pucat dan matanya merah menakutkan. Lantas dia berlari apabila terlihat Fey dan terus mencengkam kedua belah bahu lelaki itu. “Seiren! Apa dah jadi pada dia? Mana Seiren?!”

Melihat Tom yang kelam kabut, Fey turut menjadi cemas. “Sa... sabar..”

“Aku tanya mana Seiren?!”

“A.. ada. Dia ada dalam biliknya.” Dan Fey menjerit apabila terlihat Tom terus berlari ke bilik Seiren. “DAN DIA MASIH TAK SEDARKAN DIRI!!” Laungnya dan kemudiannya sekali lagi mengeluh. “Tiba-tiba rasa macam manusia pulak. Macam dah terkena sakit jantung. Hush...” Dia mengurut dadanya sambil lantas matanya kembali merenung tanggang utama banglo mereka dan tertanya-tanya. Kenapa Iza tak bunuh budak tu?”

Pintu bilik Seiren dikuak tanpa risau yangdia akan menterkejutkan gadis di dalamnya. Sebelum sempat dia melangkah masuk, dia tiba-tiba dikejutkan dengan sesuatu.

“Eh?” Desy yang berdiri di depannya dengan tangan yang memegang sebekas air, menyapa. “Dah lama sampai? Duduklah. Dia mungkin dah nak sedar tu.” Katanya tanpa menunggu balasan daripada Tom dan terus berlalu pergi.

“Baru je sampai.” Jawab Tom. Kakinya melangkah perlahan menghampiri katil tempat terbaringnya satu makhluk yang cantik di depan matanya. Makhluk itu kelihatan begitu lemah. Wajah pasifnya menggambarkan kesakitan yang baru dialaminya. Tidak! Dia menanggung kesakitan itu sejak dia dilahirkan, disisihkan dan diabaikan. Sepi wajah gadis itu mengusik sanubarinya membuatkan dia begitu sedih mengenangkan nasib gadis nakal itu.

Dia duduk di birai katil Seiren lalu mengusap lembut kepala gadis itu sambil matanya tak lekang dari menghadiahkan pandangan simpati. Tetapi dia sedikit tersentak apabila tubuh gadis itu tiba-tiba bergetar dan dia mula membuka matanya.

“TOM!” Apabila mata gadis itu terbuka luas, dia terus bangun dan memeluk Tom di sebelahnya dan sesaat kemudia tubuhnya ditarik dan kembali direbahkan ke pembaringan. “Sorry. Sakit lagi.” Dia memejamkan matanya. Cuba menghalau kesakitan yang membunuh semangatnya.

“Sakit sangat ke? Apa yang kamu rasa?”

Seiren menyeringai kecil dan kemudiannya memaksa dirinya untuk tersenyum sambil mengambarkan peristiwa malam tadi walaupun dia sendiri sedaya-upaya untuk tidak mengingati peristiwa itu. “Sakit sangatlah. Kepala aku seperti sedang meretak dan tunggu masa je untuk pecah. Leher aku terasa bagaikan ditebuk-tebuk dengan lidi dan lidi tu seolah-olah sedang menggeletek tekak aku sekarang. Kedua lengan aku terasa pedih sangat bagaikan ia sedang di siat-siat menggunakan pisau tumpul yang panas dan pinggang aku terasa seperti dilayur di atas api. Kesimpulannya, seluruh badan aku macam dah tak tahan dengan semua ni.”

Tom membulatkan matanya dan kemudiannya dia mengangguk. “Sakitnya.” Dia sedikit tersengih apabila melihat Seiren mencebik dan anak mata gadis itu langsung tidak memandang wajahnya. Dia amati setiap raut wajah gadis itu yang putih melepak. Matanya hanya merenung kosong syiling putih biliknya. Walaupun pandangan itu kelihatan begitu tenang, tetapi ianya bersinar diliputi air mata yang dari tadi ditahannya daripada mengalir. Hidung, pipi, bibir dan birai matanya kemerahan seperti dia baru lepas menangis. Menangisi ketakutan yang menghimpit dirinya. Jika dilihat pada kulitnya, tak ada satu tanda-tanda pun yang menggambarkan yang dia sedang dalam kesakitan melainkan wajah pucatnya.

“Aku tak tahu macam mana semua ni boleh berlaku.” Tiba-tiba Seiren bersuara sebaik sahaja wajahnya dialihkan ke kiri, cuba untuk melindungi air matanya yang hampir mengalir daripada kelihatan. “Semuanya terjadi sekelip mata. Sumpah! Aku tak buat apa-apa.” Kelihatan dia mengetap bibirnya dan air mata yang ditahannya daripada tadi mengalir lembut melurut dari birai matanya.

“Apa yang mereka dah buat kepada kamu?” tanya Tom, cuba menghalau kegelisahan yang menyelubungi gadis itu.

Seiren menjawab dengan menggeleng. “Tak buat apa pun. Bila aku dah jatuh dalam tangan Si Izabell tu, mereka langsung tak bertindak apa-apa. Izabell tu je...” Dia senyap. Membiarkan kata-katanya tergantung tanpa sambungan.

“Kenapa dengan Izabell?”

Mulanya, Seiren hanya menggeleng. Tak mahu menerangkan apa yang Izabell lakukan kepadanya. Tetapi apabila dia kembali merenung anak mata lelaki itu, dia menjadi serba-salah untuk membiarkan lelaki itu terus merisaukannya. “Tak adelah. Dia tak buat apa pun. Cuma itulah...”

Dia berhenti lagi apabila nada suaranya mula bertukar sebak dan air matanya deras mengalir. “Aku ingatkan dia dah nak cabut kepala aku tadi.” Dia mengesat air matanya. Apabila dia mengangkat tangnnya yang tersorok di bawah selimut, kelihatan jari-jari runcing itu bergetar hebat dan warna kukunya kelihatan seperti berwarna ungu pekat seolah-olah dia sedang tertimbus dalam timbunan salji. “Dia cengkam kepala aku kuat sangat. Aku jadi takut bila tengok aku dengan pandangan seolah-olah aku ni anak kucing yang perlukan pertolongan. Bila dia genggam lengan aku, aku dah mula tak tentu aras. Aku takut dia patahkan setiap sendi aku dan ceraikannya daripada bahu aku. Aku tak sangka... aku tak tahu yang dia begitu menakutkan.”

“Ren...”

“Perempuan tu cakap, aku boleh bunuh Izabell dengan mudah.” Belum sempat Tom bersuara untuk meredakan ketakutan gadis itu, Seiren tiba-tiba mencelah. Dan kata-katanya itu membuatkan Tom terkejut.

“Apa kau cakap ni? Bunuh Izabell? Perempuan tu? Siapa?” Pandangan lelaki itu mula berubah kehairanan. Keningnya hampir-hampir bersambung apabila ianya berkerut mendengar perkataan ‘bunuh Izabell’ yang dinyatakan oleh Seiren.

Apabila melihat Seiren hanya mengetap bibirnya dan memejamkan matanya, Tom mula berdiri dan dia kelihatan marah. “Aku nak kamu bagitahu aku, apa sebenarnya yang kamu maksudkan?” Tetapi, pertanyaannya tetap tak dijawab oleh Seiren dan itu membuatkan Tom benar-benar marah bercampur kecewa. Gadis itu terus memajamkan matanya dan dahinya berkerut-kerut seolah-olah dia sedang menahan kesakitan.

Melihat keadaan yang kaku itu, Tom mula melangkah pantas menuju ke pintu bilik, sebelum dia hilang dari muka pintu, dia bersuara. “Kalau aku tahu kau ada niat yang tak baik pada Izabell dan pelajar-pelajar aku, aku tak akan benarkan kau masuk ke sekolah ni.” Dan kemudiannya dia hilang dari muka pintu meninggalkan Seiren yang kematian kata-kata.

Tujuan sebenarnya menimbulkan hal itu adalah untuk menerangkan segala-galanya kepada Tom Tetapi, tiba-tiba lidahnya seakan-akan tersimpul mati dan kepalanya tiba-tiba sakit. Lantas bayangan perempuan itu muncul di mindanya. Serta merta dia menjadi takut untuk bersuara.

Seiren perlahan-lahan membuka matanya. Dia tak mampu untuk melarikan diri. Tetapi, dia juga tak mampu untuk terus tinggal di sini kerana dia tak mahu untuk menanggung kesakitan sebegini lagi. Entah apa yang Izabell dan puntianak-puntianak lain akan lakukan kepadanya, tak siapa yang tahu melainkan mereka sendiri. Kenapa perempuan tu arahkan aku untuk bunuh Izabell, kenapa bukan dia sendiri yang hadirkan diri di sini. Dari apa yang aku tahu, dia lebih berkuasa daripada aku. Kenapa?

Tiba-tiba lamunnya terganggu apabila pintu biliknya tiba-tiba terhempas kuat dan muncul seorang lelaki bertubuh gagah dan berwajah dingin menghampirinya. Tanpa isyarat lelaki itu menarik kuat tangannya menyebabkan dia terheret jatuh dari katil.

“Ei, kenapa?” Seiren cuba bangun apabila lelaki itu terus menarik kuat tangannya. Matanya dipejamkan sambil sambil tubuhnya cuba diseimbangkan untuk menuruti langkah lelaki itu.

Apabila kakinya hampir-hampir tegak berdiri, dia terpelecok jatuh tetapi langkah lelaki yang mengheretnya tetap tak terhenti menyebabkan seluruh tubuhnya bertambah sakit. Seiren menjerit kecil apabila tangannya tiba-tiba dicengkam kuat. Lelaki itu mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tubuhnya keras, sekeras batu dan tangannya terasa begitu berat apabila dia mencengkam lengan Seiren. Sekali lagi dia cuba berdiri dan terpaksa menggagahkan dirinya untuk berlari mengekori lelaki itu. Seiren tak mampu bersuara dia dia langsung tak mempunyai kekuatan walaupun untuk meronta dilepaskan. Dia terasa begitu lemah.

Tiba-tiba, sesuatu membuatkan dia terasa begitu cemas. Kakinya dan tubuhnya segera dipaksa untuk kaku daripada mengekori lelaki itu. “Bilik Izabell.”Dia bersuara perlahan apabila dia sedar yang dia telah diheret ke bilik Izabell, Air matanya mula bertakung. “Lepaskan aku.” Dia cuba untuk meronta tetapi dia langsung tak dapat bergerak.

Dia semakin takut apabila mereka semakin menghampiri bilik Izabell. Lantas, tanpa sedar kukunya tiba-tiba panjang dan lantas di mencakar lengan lelaki itu menyebabkan cengkaman lelaki itu pada lengannya terlepas. Dengan kekuatan yang cuba dicari dari setiap otot-otot tubuhnya, Seiren berlari dan lelaki itu pantas mengejarnya. Dia cuba terjun dari anjung tangga banglo itu tetapi sebelum sempat kakinya mendarat, tangannya ditarik kuat dari atas dan tubuhnya terdorong semula ke atas. Dia mengetap bibirnya apabila kedua tangannya dikilas kebelakang. Cengkaman kuat pada pergelangannya membuatkan dia terasa seperti lengannya hampir-hampir patah.

Lelaki itu kemudiannya memeluk erat pinggangnya dan mengangkat gadis itu membuatkan mereka menghampiri bilik Izabell tanpa menghadapi sebarang masalah. Saat itu, Seiren hanya mampu memejamkan matanya apabila ketakutan mula menghimpit dirinya.

Apabila tubuhnya mula lemah dan tidak ada tanda-tanda yang dia akan merontak dan melepaskan dirinya, lelaki bertubuh gagah itu melepaskan cengkamannya di lengan Seiren dan tubuh gadis itu dicempungnya.

Buat seketika, Seiren terasa begitu selesa sehinggalah dia terdengar bunyi pintu bilik itu dikuak. “Iza...” Suara serak-serak basah lelaki itu kedengaran.

“Letakkan dia...” Izabell bersuara. “Atas lantai..” Sambungnya sambil sedikit tertawa membuatkan Seiren tiba-tiba terasa seperti dia hampir-hampir berdiri dan mengetuk kepala lelaki yang dipanggil Iza itu.

Lelaki bertubuh sasa itu mengikut arahan Izabell dengan meletakkan tubuh Seiren ke atas lantai bilik Izabell dan apabila kepala Seiren hampir-hampir terbaring di lantai tersebut, cepat-cepat kedua lengannya memanpan tubuhnya daripada terbaring di situ. Tak nak aku baring atas lantai ni. Nampak tak comel!

Matanya yang tak larat untuk dibuka itu lantas mencari kelibat Izabell apabila lelaki bertubuh sasa tadi keluar dari bilik itu meninggalkannya keseorangan. Dan dia dapat melihat lelaki itu duduk menongkat dagunya dia atas sofa lembut berwarna hitam di sebelah tingakp biliknya. Biliknya sungguh gelap dan hanya disinari dengan cahaya bulan yang betul-betul memancar masuk ke dalam biliknya. Baru sebentar tadi dia disakiti oleh lelaki bernama Izabell ini dan sekarang dia tak tahu, apa yang aku Izabell lakukan kepadanya. Kenapalah malam terasa begitu panjang?

Manakala Izabell masih cuba mengawal kemarahannya sambil matanya tepat merenung anak mata gadis itu yang jelas kelihatan apabila cahaya bulan yang memancar masuk kebiliknya tersuluh ke arah gadis itu. Seiren yang melukut di depan pintu biliknya terusan-terusan ditenung dan dia tahu gadis itu langsung tak sedar dengan perbuatannya.

“Jangan ingat aku tak takut. Aku cuba bangun dan lari daripada rumah ni tapi aku tak mampu.” Seiren tiba-tiba bersuara apabila dia tak tahu apa yang dibuatnya. Dia juga takut jika Izabell memikirkan yang dia begitu berani untuk tidak bergerak untuk lari ketika dia berada di dalam bilik lelaki itu. Yang sejujurnya, dia begitu takut kalau-kalau lelaki itu menyentuhnya lagi.

Tiada jawapan yang dia terima daripada Izabell. Tetapi dia terkejut dan cemas ketika lelaki itu tiba-tiba berdiri dan melangkah menghampirinya. Apabila lelaki itu berdiri betul-betul dihadapannya, dia mendongak dan apa yang dia nampak hanyalah wajah cantik lelaki itu dan matanya yang mencerlung tajam ke arahnya.

Dan dia terkejut lagi apabila lelaki itu bersuara pula. “Kau boleh bangun tak?”

“Tak boleh.” Jawab gadis itu jujur.

“Nak aku tolong angkatkan?”

“Eh?” Seiren semakin cemas. Dia tak mahu lelaki itu menyentuhnya. “Tak apa. Aku boleh bangun sendiri.” Lantas, kedua tangannya ditekan ke lantai yang diliputi karpet mahal lalu berusaha untuk bangun walaupun seluruh badannya begitu lemah dan menggeletar dengan teruk. Kakinya dikuatkan, cuba untuk berdiri. Sambil berusaha untuk bangun, dia sempat menjeling Izabell dan apabila dia sedar lelaki itu sedang merenung tepat ke anak matanya, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya dan cuba untuk berdiri.

Akhirnya dia dapat berdiri tegak dan baru dia sedar bahawa lelaki itu begitu tinggi. Di tubuhnya tersarung seluar hitam yang dipakai ke Rose hollis Ball tadi dan ditubuhnya terlekap kemeja hitam Versace yang tidak dibutangkan. Rambutnya sedikit serabut tetapi langsung tidak mencacatkan penampilannya. Malah, dia kelihatan lebih menggoda dengan gaya sebegitu.

Seiren menelan air liurnya sambil cuba memberanikan diri untuk bertanya. “Kenapa?” suaranya ditahan daripada bergetar. Dia begitu kurang ajar ketika mula-mula dia mengadap lelaki ini tetapi kali ini, dia ketakutan sehingga satu ayat pun tak mampu dikeluarkannya kerana risau ayatnya itu akan kedengaran korang ajar.

Izabell tersenyum sumbing mendengar pertanyaan gadis itu. Tanpa mengendahkan perasaan gadis itu yang takut disentuh olehnya, tangannya mula merayap memaut lembut pinggang gadis itu dan tubuhnya didekatkan dengan tubuh ramping Seiren yang menggeletar hebat.

Seiren hanya mengetap bibirnya dan memejamkan matanya apabila tangan lelaki itu mengusap lembut pinggangnya. Sakitnya semakin teruk terasa dan dia masih mencuba untuk bertahan. Kemudiaannya dia dapat merasakan yang nafas dan suara lelaki itu mula menggeletek telinga kirinya. “May I drink your blood?” Bisiknya lembut dan memikat.

Saat itu Seiren betul-betul tak tahu apa yang mesti dijawabnya. Jika dia menjawab ya, hatinya tidak seiring dengan kata-katanya. Dan Izabell bukanlah bodoh untuk mempercayai jawapan `ya` darinya. Jika dia menjawab tidak, mungkin tanpa teragak-agak lelaki itu akan menghapuskannya.

“You dont want to answer me?” Bisik Izabell lagi apabila Seiren hanya mendiamkan diri.

“No. Not that I dont want to answer you. But... you know its dangerous for you to believe my answer?”

“I wonder why?” Kata-katanya begitu lembut, lembut dan lembut sehinggakan Seiren hampir-hampir khayal dirasuk karisma lelaki itu. Tangannya masih tak berhenti mengusap lembut belakang dan pinggang gadis yang semakin lupa dengan kesakitannya.

Seiren tak menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia terus diam dan matanya terpejam rapat tetapi bukan kerana menahan kesakitan. Dia hampir-hampir tumbang apabila kakinya semakin lemah untuk menahan rasa yang dia sendiri tak tahu apa yang terjadi. Rasa lembut, tenang dan mengkhayalkan yang menular didalam tubuh, minda dan hatinya membuatkan dia begitu terbuai-buai dengan kata-kata lelaki itu seolah-olah lelaki itu sedang memujuk rayu dirinya.

“You will kill me.”

“No. I wouldn`t kill you.” Jawab Izabell. “But I will destroy you!” Tiba-tiba sentuhan lembut di pinggang Seiren menjadi kasar dan pinggang gadis itu dicengkam kuat, mengembalikan rasa sakit kepada seluruh tubuh gadis itu.

Seiren terkejut. Lantas kedua tangangnnya yang tadi kaki disisi menekan dada lelaki itu. Cuba untuk menjauhkan Izabell daripadanya.

Apa tadi tu? Dia sendiri tertanya-tanya apabila dia terkhayal dengan bisikan Izabell tadi.

Lelaki di depannya itu hanya menghadiahkan senyuman sinias pabila melihat wajah gadis yang tak keruan dan keliru itu. Tanpa menunggu sesaat untuk meredakan kekeliruan Seiren, lantas tangannya mencengkam tali gaun yang dipakai oleh gadis itu ke Rose Hollis Ball tadi lalu ditariknya ke muka pintu biliknya.

“Listen this hot girl.” Izabell memaut leher gadis itu mendekati wajahnya. “Aku harap kau tak cuba-cuba untuk lari. Kalau kau tak nak tubuh kau berkecai, lebih baik kau jangan tinggalkan tempat ini.

“Kalau aku tak lari pun, tubuh aku tetap berkecai, kan?” Bisik Seiren kembali cuba menarik lehernya dari cengkaman Izabell. “Kalau kau tak bunuh aku, noble yang lain tetap aku hapuskan aku!”

“Jangan jadi bodohlah! Ingat aku tak tahu, kau lebih kuat daripada mereka.” Lelaki itu kemudiannya meragut tangan gadis itu yang terlekap di dadanya lalu menekan kuat hujung jari telunjuk gadis itu. “Kuku kau.. Diamond Nail. Lebih keras dan berbisa daripada Nobel. You have wind and you are more faster. But, you just can`t run from me.” Dia melepaskan tangan Seiren dan kemudiannya derundur menjauhi Seiren. “Your hand take about two days to cure.” Dia menjeling lengan gadis itu yang terlukadicakar Melody. “And you pain need about thirteen hours to fade away. But, you need a century for me to forgive you. So, before I kill you, what if you hurrily out from my room.”

“Huh?” Seiren sedikit keliru. “Out? Oh...ok.” Dengan gaun yang masih tersarung ditubuhnya, perlahan dia melangkah keluar dari bilik Izabell. Apabila pinta bilik lelaki itu tertutup rapat. Seiren mula menggeletar semula. Tubuhnya tiba-tiba terasa berat dan dia lantas terjatuh melutut di situ. “Tadi ok, kenapa sekarang baru nak takut. Aduh.” Bisiknya sendirian sambil jemarinya ligat mengurut bahu, lengan dan pehanya yang terasa kebas. Sakitnya aku kalau tiap-tiap hari macam ni.