Friday, September 17, 2010
The Tempting Temptation 6
Lantas Fey berlari lalu menarik kuat lengan Izabell yang mencengkam leher gadis yang sudah kehilangan sedarnya. Manakala Melody yang tadi berjalan seiringan dengan Fey hanya memeluk tubuh dan memerhati dari jauh. Sedikit pun dia tidak berniat untuk menghentikan kelakuan Izabell.
“Sudahlah, Iza! Dia dah nak mati ni. You are dying if she die!”
Namun sia-sia pujukan Fey apabila Izabell langsung tidak menghentikan tingkahnya. Sebaliknya wajah dinginnya semakin menakutkan dan cengkamannya di leher gadis itu semakin kuat. Tetapi cuma sebentar sebelum dia melepaskan cengkamannya dan Seiren jatuh rebah ke lantai.
“Take her away from me.” Izabell menguak rambutnya sebelum dia melangkah pergi dan diikuti oleh Melody sambil menjeling keras ke arah Seiren.
Mankala Fey pula kebingungan melihat Melody berlalu. “Eh, Mel?”
“Sorrylah. Aku tak nak sentuh budak tu.”
“Tapi…” Lelaki itu terpaksa diam apabila Melody terus melangkah sambil memaut lengan Izabell.
“Sudah… akhirnya aku yang kena buat semua.” Dia mengeluh sebentar dan kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu nombor.
“Grey. Fey here. Datang sini sekejap. Dekat lorong nak ke kelas kimia.Emergency.”
Dia terasa seperti seseorang sedang bernafas begitu dekat dengannya. Orang itu seolah-olah sedang mengira bulu kening yang ada di atas kelopak matanya. Dahinya berkerut perlahan sebelum dia memberanikan diri untuk membuka mata.
“HOI! Auww…” dia mengangkat kepalanya laju kerana terkejut apabila sebaik sahaja dia membuka matanya dia terus terpandang anak mata berwarna kuning cair yang begitu dekat melekap di wajahnya dan itu menyebabkan kepalanya terhantuk dengan dahi lelak itu.
“Sakitlah..”
“Same here.” Jawab Fey apabila mendengar rungutan Seiren sebelum dia tersenyum ramah ke arah gadis yang masih menggosok kepalanya. “Macam mana? Dah sihat?”
“Ok dah.”Jawabnya sebelum dia bangun meluru ke pintu biliknya dan mengunci pintu bilik tersebut. “Er… tak nak bagi orang masuk. So, kena kunci.” Katanya apabila melihat wajah hairan Fey.
“Tak nak bagi orang masuk? Iza, eh?”
Pantas Seiren menggoyangkan tangannya apabila mendengar nama Izabell di sebut, “Eh, bukan Iza la. Iza puntianak, bukan orang.”
Kemudiannya gadis itu berjalan menghampiri Fey yang terduduk di birai katilnya dan menampar peha lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki yang begitu rapat dengan Izabell itu. “Izabell ada dekat sini, ke?”
“Tak ada. Dia keluar. Ada hal.”
“Keluar seorang?”
“Tak.” Lelaki itu menggeleng. “Grey and Melody ikut.”
“Ooo.. mereka semua tu, pergi mana, ya? Dah lama ke pergi? Balik bila?”
Berkerut dahi Fey dan dia mula teragak-agak untuk menjawab pertanyaan gadis jelita dihadapannya.
Mungkin sedar dengan perasaan was-was yang mula timbul di hati lelaki itu, Seiren pantas bersuara. “Tak apalah. Er… nak minta tolong, boleh?”
Sekali lagi Fey mengerutkan dahinya.
“Aaa… aku nak keluar sekejap…”
“Tak boleh!” Pantas Fey memotong dan itu membuatkan Seiren tiba-tiba terdiam seolah-olah lidahnya tersimpul mati. “Iza arahkan aku supaya tak benarkan kau melangkah keluar dari banggunan ini, walaupun selangkah.”
“Tapi, kenapa? Aku bukan nak lari pun.”
“Mungkin kau cakap kau tak akan lari. But, who know…”
“Ish, aku tak larilah.”
“Boleh percaya, ke?”
“Betullah. Kalau kau tak percaya, kau ikut aku.”
Fey menjeling gadis di sebelahnya itu. Betul ke budak ni? Kalau dia tipu aku macam mana? Sejenak dia berfikir. Walaubagaimanapun, perasaan ragu-ragu masih merasuk mindanya. “Ah, tak beranilah aku.”
Seiren mendengus. Penakut!
“Jangan cakap aku penakut.” Fey tiba-tiba bersuara seolah-olah dia boleh membaca minda gadis itu.
“Eh, kau baca fikiran aku eh.”
“Mana ada.”
“Tipu!”
“Aku cakap tak, taklah. Oh, jadi betullah kau cakap aku penakut.”
“Aku tak ada cakap pun.”
“Habis tu, kenapa kau tuduh aku baca fikiran kau.”
“Aku saja cakap je. Mana ada aku tuduh.”
“Ish…” Fey cuba untuk membalas kata-kata Seiren tetapi kemudiannya dia terdiam dan hanya memeluk tubuhnya. “Kau betul-betul nak keluar ke?”
Seiren mengangguk laju.
“Pergilah.” Akhirnya dia membenarkan. “Tetapi, balik sebelum pukul 6 pagi. Kalau tak…” Lelaki itu memandang wajah Seiren. “We will dia!” keras bunyinya dan matanya dijegilkan.
“Taulah.” Katanya sebelum dia hilang dari pandangan meninggalkan satu tiupan angin kencang ke arah Fey sehingga membuatkan lelaki itu menyeringai kedinginan.
“Tak mengenang budi betul.”
“Kami dengar ada satu nyawa pheonix di tangan kau?”
Izabell hanya senyap. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan menjawab pertanyaan lima lelaki dihadapannya itu.
“Kami tak tahu apa rancangan kau, tetapi kami nak kau tahu, seekor phoenix sahaja boleh memusnahkan kita semua.”
“You don’t need to remind me.” Balas Izabell dingin ke arah lelaki separuh umur yang wajahnya hanya separuh kelihatan dalam keadaan yang gelap itu.
“Kau kena ingat Izabell, bukan kau seorang sahaja king yang masih hidup di sini, kami berlima juga adalah king yang mesti menjaga kesejahteraan dunia puntianak. Kami tak akan membiarkan kamu berbuat sewenang-wenangnya.”
“Huh, the five of you? Just an old crap that only talk and command everything without know the real situation. How shameful you dare to called yourself, the king.”
“Izabell!”
“Er…” Bila melihat keadaan mula tegang, Melody lantas bangun. “Maafkan saya, mungkin itu bukan maksud Izabell.”
“Habis, apa maksud sebenar dia? Budak kurang ajar!”
“Mungkin dia tak mahu tuan masuk campur dalam hal ni. Dan mungkin dia kedengaran macam tak beradab dengan tuan semua, tetapi tuan sendiri pun langsung tak menunjukkan adab yang sepatutnya kepada Izabell. Tuan tak menghormati keputusan yang dia buat. Malah, tuan memanggil kami semua datang ke sini dengan keadaan yang tergesa-gesa hanya untuk mempersoalkan keputusan Izabell.”
Mereka semua terdiam mendengar syarahan panjang lebar Melody dan wajah masing-masing mula berubah kelat.
“King have their right to make any decision without any agreement with other king, right? That’s the rule.” Sambung Melody lagi lantas membuatkan seisi yang hadir terdiam bisu.
Wajah melody ditenung mereka sedalam mungkin cuba mengigati wajah itu. Melody pula tegar. Hany senyap dengan kata-katanya tanpa langsung berusaha untuk membetulkan walau sedikitpun ayat dari kata-katanya walaupun dia tahu, kata-katanya sama kurang ajar dengan kata-kata Izabell.
Izabell tiba-tiba bangun dan diikuti dengan Grey dan Melody. “Bye.”
Sepatah lelaki itu bertutur sebelum dia melangkah keluar dari banggunan gergasi yang gelap itu meninggalkan seiisi dewan yang hanya membisu.
“They`re rude. Moonlight Academy is rude!”
Malam begitu sejuk tetapi langsung tak menjejaskan tubuh hangatnya. Dia melangkah perlahan ke banggunan yang begitu jauh dari perkarangan asramanya dengan senyap. Deria hidunya langsung tak mengesan bau makhluk lain melainkan bau harum milik satu makhluk yang menguasai dirinya. Perlahan dia melangkah masuk ke banggunan usang itu dan melangkah hanya dengan satu niat dihati.
Dia semakin menghampiri haruman itu dan berhenti apabila betul-betul berdiri di hadapan muka pintu yang sudah terkuak luas.
“You are failed!” Terdengar suara makhluk itu sebaik sahaj dia melangkah masuk.
“Correction. Im not fail. But not done yet.”
“Tak kisahlah. Tapi aku nak kau hancurkan dia secepat mungkin.”
“Huh,” Seiren tertawa sinis. “Don’t talk like it was the easiest thing to do. Kau tak tahu bertapa berkuasanya dia?”
“Aku tak peduli semua tu. Aku cuma nak kau hapuskan dia. SECEPAT MUNGKIN?”
“Give me some time please. Its not easy to kill him by using my power.”
Keadaan senyap seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki Seiren melangkah ke birai tingkap yang tertutup rapat.
“Fine, till the next Vampire Ball.”
“Ugh. Aku tak pergilah Vampire Ball nanti.”
“That`s not my business.”
“Jeez…”
“Where`s Seiren?” Tanya Izabell sebaik sahaja dia bertembung dengan Fey di ruang tamu.
“Upstairs…” Fey mula ragu. “In her room.” Kemudian dia mengetap bibirnya. Seiren dah balik ke belum?
“Lying! I can`t smell her!”
Tersentap Fey mendengar suara kasar daripada Izabell dan lantas dia bangun dari duduknya.
“Biar aku tengok.”
“Tak payah!” Izabell menghalang sebelum melangkah pantas menaiki tangga menuju ke bilik Seiren.
Saat itu Fey hanya mampu meraup wajahnya. “Habislah.”
“Apa kau buat?” Tanya Melody pula apabila sambil memeluk tubuhnya dan menjeling Fey yang hanya menjungkitkan bahunya.
“BUM!”
Pintu bilik Seiren dikuak kasar. Dan dia hanya terhenti di situ apabila melihat sekujur tubuh kaku terbaring di atas katil.
“Jangan nak tipu akulah.” Izabell bersuara sekaligus membuatkan Seiren mengetap bibirnya dan memejamkan matanya rapat sebelum dia perlahan-lahan bangun dan mengadap Izabell.
Melihat wajah masam dan malu Seiren hampir membuatkan Izabell tertawa. “Kau pergi mana?” tanyanya pantas untuk menyembunyikan senyuman lucunya.
“Tak pergi mana.” Geleng Seiren. Masih tertunduk.
“Kalau aku tau kau keluar tanpa kebenaran aku, nahas kau!” tutur Izabell sebelum dia melangkah keluar dan menutup kuat pintu bilik gadis tu.
“Ei.. bodoh betullah Izabell tu!” Marah Seiren sambil bantal peluknya ditekan ke wajahnya. “Berani dia memalukan aku!”
Sunday, September 5, 2010
The Tempting Temptation 5
“Go to school.” Lelaki itu tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya dan memberitahunya supaya pergi ke sekolah. “Aku tunggu kau di bawah.”
Seiren yang baru bangun dari tidurnya mengedipkan matanya berkali-kali. Dia senyap merenung pintu yang dah kembali tertutup rapat sambil kemudiannya tercebik perlahan. Dia memandang kehadapan pula dan setelah termenung beberapa saat, dia kembali merebahkan kepalanya ke atas bantal empuknya.
“PANG!” Pintu biliknya tiba-tiba ditampar kuat membuatkan gadis itu terkejut dan kembali membuka mata. “Bangun!” Terdengar suara keras mengarahkannya supaya bangun.
“Iyalah. Bangunlah ni…” Perlahan Seiren menyelak selimutnya dan bangun dari katilnya. Sambil tangannya menarik tuala yang terlipat rapi di rak bilik airnya, dia mencebik lagi. “Aku nak tidurlah, bodoh!” Marahnya perlahan.
Lelaki yang mengheretnya semalam mengejutkannya untuk bangun tidur. Kenapa ya? Selalunya tak ada orang kejutkan aku pun.
Satu hari dia tertidur. Setelah dia ditolak keluar dari bilik Izabell, dia tertidur lena tanpa menghadapi sebarang masalah sehinggalah dia dikejutkan untuk bangun tadi. Pergi sekolah… Hmm… Malasnya. Siapalah yang bodoh pergi sekolah malam-malam ni. Gumamnya.
Dia mengambil masa setengah jam untuk mandi. Sepuluh minit untuk menyapukan losyen ke seluruh tubuhnya. Sepuluh minit untuk memakai pakaian seragam sekolah. Lima minit untuk mencari stokin yang sesuai untuk dipakainya hari ini, dan lima minit untuk mengikat rambutnya. Keseluruhannya, dia mengambil masa satu jam untuk turun ke bawah dan itu benar-benar membuatkan lelaki yang sedang menunggunya itu hampir-hampir terbelah dua.
“Hehehehe… Padan muka.” Tuturnya perlahan sambil tersenyum sumbing melihat lelaki itu membelakanginya. Dia melangkah laju dah apabila dia cuba menampar belakang lelaki itu, pantas tangannya digenggam. “Cepat.” Lelaki itu tiba-tiba bersuara. Dia melepaskan genggaman tangannya pada lengan Seiren dan kemudiannya terus melangkah.
Seiren mencebik buat kali ketiganya dan terus melangkah. Sesekali dia terpaksa berlari untuk berjalan seiringan dengan lelaki itu.
Weh, janganlah jalan cepat sangat. Aku nak tanya nama ni. ”Hei, nama kau…”
“Cepatlah. Kita dah ketinggalan satu kelas ni.” Gesa lelaki itu lagi membuatkan Seiren terdiam.
Malam yang gelap itu tambah membuatkan hati Seiren semakin kelam. Dia tidak suka dengan keadaan ini. Semuanya terasa asing dengannya sejak kejadian hari itu lantas membuatkan dia merasa tidak selesa, takut dan sedih dengan apa yang mengelilinginya. Kenapa phoenix yang jadi mangsa. Atau lebih tepat lagi, kenapa phoenix yang tak bersalah dikorbankan. Nampaknya King dah tersilap percaturan. Mereka kehilangan aset paling berharga bagi mereka gara-gara sifat amarah yang tak terkawal tu. Sekarang ni… aku tinggal masa untuk… “AUWW!”
Seiren menekup wajahnya. “Sakitnya.” Gara-gara sibuk melemparkan hujah tentang nasibnya, tanpa sedar dia melanggar tiang banggunan yang tertanam ditengah-tengah banggunan sekolah.
“Kenapa pulak ni?” Suara lelaki itu kedengaran begitu bosan dan penat. Apabila Seiren tidak menjawab dan langsung tidak bergerak, dia mula menarik tangan gadis itu. “Kenapa?”
“Tak apa, tak apa.” balas Seiren lagi sambil cuba berundur. Tangannya yang menekup wajahnya dikuatkan daripada ditarik oleh lelaki itu.
Hidungnya berdarah! Oh, cukuplah insiden berdarah hari itu yang membuatkan aku hampir-hampir hilang nyawa. Tak akanlah hari ni pun nak kena hilang nyawa jugak.
“Hai…” Lelaki itu mengeluh. Sepertinya dia sudah dapat menghidu bau memikat darah putih milik Seiren yang mengalir dari hidungnya. “Sudahlah.” Kelihatan dia mencelup poket seluarnya, dan kemudiaanya menarik salah satu daripada tangan Seiren yang terlekap di wajahnya. Apabila Seiren berkeras untuk kaku sebegitu, lelaki itu terpaksa bersuara. “Lepas.”
“Ha?” Seiren faham dengan kehendak lelaki itu, tetapi dia sengaja berlengah. Menunggu mereka yang berada disekelilingnya pergi.
Mungkin tak tahan untuk berlembut, lelaki itu dengan kasar terus menarik kuat lengan kanan Seiren membuatkan sebahagian wajah gadis itu terdedah. Seiren yang terkejut kelam kabut untuk menyembunyikan hidungnya yang berdarah. Alahai, nak campak mana pulaklah hidung aku.
Sebelum sempat lelaki itu menyentuh wajahnya, dengan pantas Seiren berpusing membelakangi lelaki itu. Tangannya yang ditarik oleh lelaki tadi cuba ditarik tetapi gagal apabila lelaki itu menggenggam kuat lengannnya sekali gus menyentap tubuh Seiren untuk mengadapnya.
Tangannya kanannya yang memegang sapu tangan pula terpaksa digunakan untuk menarik tangan kiri Seiren yang masih menutup wajahnya. Setelah berjaya mengalihkn tangan gadis itu daripada wajahnya, dia melepaskan tangan kanannya untuk mengelap darah putih di wajah Seiren tetapi apabila dia melepaskan genggamannya, tangan gadis itu kembali ke wajahnya.
“Hei…” Dia melepaskan tangan kanan Seiren pula untuk menarik langan kiri Seiren dan apabila tangan kiri gadis itu digenggamannya, tangan kananya pula diangkat menutup wajahnya yang berdarah itu. Dengan geram, tangan kanannya merentak kasar lengan kanan gadis itu membuatkan Seiren menggigit bibirnya, terkejut. Kemudian dia menarik tubuh Seiren mendekatinya lalu tangan kirinya memaut pinggan gadis itu. Lengan Seiren yang terlekap disisi tubuhnya kini terkunci apabila lelaki itu memeluknya. Dia terpaku apabila melihat, lembut tangan kanan lelaki itu diangkat lalu mengesat hidungnya yang berdarah, dagunya dan bibirnya. Begitu lembut. Jika dilihat pada luaran lelaki itu, pasti semua dapat mengagak dia adalah seorang lelaki yang gagah. Tubuhnya yang tegap dan berotok serta wajah seriusnya yang begitu kacak membuatkan dia pasti dikenali sebagai seorang lelaki yang popular di sekolah. Walaubagaimana pun, dia begitu lembut, dan caranya memaparkan yang dia akan menjadi seorang ayah yang baik.
Apa kena dengan ayah pulak. Seiren memejamkan matanya. Suka apa diperlakukan begitu. Apabila lelaki itu berhenti daripada menyentuh wajahnya, dia mula membuka mata dan terkejut apabila melihat Izabell, Melody dan Fey berada di depannya atau dengan lebih tepat berdiri dibelakang lelaki yang sedang memeluknya. Pantas wajah gadis itu berubah cemas melihat wajah serius Izabell. Dan dia bertambah cemas apabila Izabell tiba-tiba melangkah menhampirinya dan apabila lelaki itu semakin hampir dengannya, seraya dia meronta cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan kuat lelaki tadi.
Izabell berhenti apabila dia sampai betul-betul di depan Seiren yang terbeliak memandangnya. Lalu dengan wajah yang kosong, tangannya diangkat lalu menampar kepala Seiren perlahan. “This is not the time for romance. Masuk kelaslah. Kau dah ketinggalan satu kelas.” Dan kemudiannya lelaki itu terus berlalu dan dibelakangnya terdapat Melody yang setia menjeling ke arah Seiren dan Fey yang hanya tersenyum nipis ke arahnya.
Tetapi, setelah beberapa langkah, Izabell berhenti dan bersuara. “Grey, bakar sapu tangan kau tu. Aku tak nak, budak-budak ni jadi huru-hara pulak.” Dan dia kembali berlalu.
Grey mengangguk sopan dan terus melepaskan pelukannya.
Oh, Grey. Seiren mengangguk perlahan. “Bakar tu.” Tunjuknya kepada sapu tangan bekas grey mengelap darah di hidungnya sambil tersenyum lega. Lega kerana Izabell tidak bertindak menyakitinya dengan apa cara sekalipun.
“Jomlah, masuk kelas.” Grey cuba menarik tangannya tetapi dilarikan.
“Hehe.. wait eh. Nak ke toilet.”
Kata-kata Seiren itu membuatkan dahi Grey berkerut. Dan lelaki itu kemudiannya mengeluh.
“Cepatlah. Aku masuk kelas dulu.” Akhirnya lelaki itu membenarkan sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Sieren yang masih tersengih. Tetapi sesaat kemudian dia kembali menghampiri gadis itu. “And…” dia mengangkat jari telunjuknya, “M A S U K K E L A S.” katanya keras sambil giginya diketap geram seolah-olah dia memberi amaran kepada gadis itu.
Seiren sedikit terkejut sebelum dia mengangkat kedua tangannya paras dada dan mengangguk laju. Fuh, menakutkan. Dia hanya memerhati kosong langkah lelaki itu sebelum dia turut melnagkh ke arah yang berlainan untuk menuju ke bilik air.
Di bilik air, dia membasuh wajahnya, membuka ikatan rambutnya dan duduk bersantai seketika di situ. “Gelapnya bilik air? Macam manalah si puntianak-puntianak tu nak basuh kencing.” Dia tertawa senyap. Sambil-sambil itu, dia mula memasang niat untuk tidak hadir ke kelas seterusnya tetapi dia terpaksa mematikan niatnya itu apabila teringat tentang amaran keras daripada Grey dan pesan penuh ugutan daripada Izabell.
Dia keluar dari bilik air itu dengan rambut yang tidak lagi ditocang dan langkah yang bersahaja. Tetapi jiwa senangnya melayang apabila dia sedar keadaan di sekelilingnya mula dingin, sedingin salju di bulan Februari. Dia memerhati sekelilingnya. Puntianak-puntianak di sekelilingnya berkumpul satu demi satu berpuak-puak menjelingnya. Mereka kelihatan begitu haus dan dahaga. Dahagakan nyawanya.
Dia cuba untuk berlagak biasa tetapi sedikit demi sedikit dia menjadi sakit hati apabila terpaksa menahan ribuan jelingan daripada mereka-mereka yang tak berhak menghukumnya. Dia begitu sakit hati. Tiba-tiba dia berhenti melangkah, matanya dipejamkan rapat-rapat sambil nafasnya ditarik dalam-dalam.
Apabila dia kembali membuka mata, lantas dia cuba melangakh secepat mungkin. Turun naik dadanya menahan geram. Apa lagi? Apa lagi yang tak kena.
“She`s the betrayer.”
“She`s don’t deserve to live.”
“We don’t need phoenix anymore?”
“Shall we kill her.”
“Don’t kill her. Izabell didn’t kill her because he want her to suffered.”
Suara demi suara sampai ke pendengarannya. “Oh, so he let me live because he want me to suffered?”
“Her mother, her father and all her family is a trash. A trash that even worse than a trash.”
“Hei… not my mother!” Tetapi, amarahnya tiba-tiba melayang apabila satu makhluk bergerak pantas bergesel dengan bahunya TIba-tiba tubuhnya ditarik lalu dihempas kuat ke dinding. “Izabell let you live peacefully but not us.”
Dia cuba bersuara namun semuanya terlambat apabila bahunya ditusuk dalam hingga dia terasa bahagian belakang bahunya turut tembus akibat tusukan itu.
Kemudian tubuhnya ditarik lagi dan pinggangnya pula menjadi mangsa tusukan oleh musuh yang dia sendiri tak kenali. Dia begitu kesakitan hingga kehilangan suara untuk menjerit. Namun, dengan kekuatan yang masih ada dia cuba untuk bengun dan melawan tetapi sekali lagi gagal apabila dia dihempas kelantai dan tubuhnya dikerjakan oleh puntianak-puntianak yang mungkin menyimpan amarah terhadap mereka, golongan Pheonix. “Huh, gross. Her blood was gross.”
Tetapi, tak semudah itu. Tak semudah itu dirinya untuk dibuli. Tanpa dia sedari tangannya yang lemah dibantai tadi tiba-tiba bergerak laju lalu mencakar wajah seseorang di situ. Jerih jeritan makhluk itu bergema di seluruh kawasan sekolah.
Mungkin Seiren tersilap langkah dengan berbuat begitu, tetapi dia tidak mengendahkannya. Musuhnya terkejut apabila gadis itu pantas bergerak dan tiba-tiba angin kuat menyelubungi kawasan itu. Angin yang dirasakan seperti bilah-bilah pisau yang berterbangan menghiris setiap tubuh puntianak-puntianak yang menyerangnya tadi.
Anak matanya yang asalnya berwarna hijau tiba-tiba bertukar merah. Tetapi itu hanya sementara sebelum matanya tiba-tiba ditutup dari belakang oleh tangan yang begitu asing padanya. “What you are trying to do?” walaubagaimanapun, suara dan kesakitan yang mula merayap di tubuhnya apabila lengan lelaki itu mula melingkar di lehernya sangat dikenali. “Didn’t I told you to come to the class?”
Keadaan di sekeliling mula reda dan puntianak-puntianak mula tertunduk dan berundur apabila melihat Izabell di depan mata mereka.
“Come.” Tanpa menghiraukan situasi gadis itu yang tak terkawal, tubuhnya yang luka dan baju sekolahnya yang berlumuran darah putihnya. Dia menarik gadis itu ke suatu lorong dan suram. “Who the hell give you permission tu hurt my allies?” Kasar tangan lelaki itu mencengkam rambutnya tetapi dibalas dengan jelingan anak mata merah pekat milik Seiren.
“And who the hell told you play with my life?”
Tangan Izabell yang mencengkam rambut gadis itu mula longgar dan perlahan-lahan melurut ke sisinya. “Play with your life?” tanyanya seolah-olah dia buntu mendegar kata-kata gadis itu.
“Yes, you play with my life!” kuat tangan Seiren menolak tubuh Izabell walaupun itu hanya sia-sia apabila lelaki itu langsung tak bergerak. “You play with my life! Kalau kau biarkan aku hidup hanya untuk melihat aku menderita, tolonglah… Bunuh sajalah aku! Aku tak perlukan hidup aku kalau setiap hari aku terpaksa berhadapan dengan kematian. “
“Ok, fine. Then I kill you.”
Tersentap Seiren mendengar kata-kata lelaki itu. Terus hilang warna merah dari anak matanya dan wajahnya serta merta menjadi sejuk sedingin salju. Darahnya tersirap apabila melihat anak mata lelaki di depannya berubah merah dan dia tak ada tempat untuk berlari lagi ketika tangan lelaki itu mencekik kemas lehernya dan mengangkat tubuh gadis itu membuatkan kakinya kini tidak berpijak di lantai lagi.
“Its may hurt you a little.” Bisik lelaki itu perlahan. “But its okay since you really want to die.” Cengkaman tangan lelaki itu di lehernya semakin kuat. “Farewell.” Bisiknya lagi sekali gus mata Seiren terpejam.
“Iza! Stop that!”