Saturday, March 19, 2011

The Tempting Temptation 11

Kenapa dengan dia ni? Seiren hairan. Melihat lelaki yang semalamnya dia temui di dalam hutan dan kini duduk disebelahnya, di dalam kelas Sir Ashton dan memakai uniform sekolah MoonBlade Academy.
"Can I drink your blood."
"NO!"
"So sad..." Lelaki itu terus memalingkan wajahnya dari merenung muka Seiren yang jelas menunjukkan yang dia begitu hairan dengan sikap lelaki disebelahnya itu.
Lama Seiren merenung lelaki di sebelahnya itu sebelum membuka mulut. "Macam mana kau kenal Izabell?"
"We were bestfriend... long time ago."
"I see.. sekarang dah tak bestfriend dah?"
"Tak, sayang." Dia mengetuk lembut pennya di jari halus Seiren yang bermain dengan helian bukunya sambil tersenyum lembut memandang gadis itu dan dibalas dengan cebikan daripadanya.
"Kenapa?"
"Agak-agak kau?"
"Erm..." Pen ditangan Cloud diambil dan diselitkan di telinga kirinya. "Paradise?"
Cloud membalas jawapan berbaur soalan itu dengan kembali menarik pennya. "As clever as Paradise."
"Cantik sangat ke Paradise tu?"
"Tak secantik kau."
"Dia hebat ke?"
"Hebat lagi kau."
"Tapi kenapa semua orang suka dia?"
"Taklah. Aku suka kau seorang je." Jawapan mendadak Cloud itu membuatkan Seiren hampir tertawa malu. Pantas dia menekup mulutnya dengan tangan dan menghampiri lelaki disebelahnya sambil berbisik perlahan. "Jangan buat aku ketawalah. Nanti Sir Ashton nampak, dia marah!"
"Bukan Sir Ashton, tapi Iza."
"Ish, apa kene mengena dengan Izabell pulak." Tetapi belum sempat Cloud menjawab soalannya, Seiren menghentikan."Jangan cakap pasal dia. Lupa pulak aku. Izabell tu pantang orang sebut nama dia, dia tahu je."
"Kalau kita tak sebut nama dia pun dia tahulah.
"Ha?"
"Nevermind."
"Tch." Dia berdecit kecil melihat kelakuan Cloud sebelum kembali memandang Sir Ashton uang sibuk berbicara. Tetapi, tak sampai seminit dia cuba menumpukan perhatian kepada lelaki tua dihadapannya itu, dia kembali membuka mulut.
"Cloud."
"Ya, sayang."
Dia berdecit lagi."Apa kuasa kau?"
"Mind control, stunning or maybe something like that."
"Ala, jawablah betul-betul."
"Agak-agak kau?"
"Alah, dua-dua pun iyalah tu."
"Pandai."
"Tak hebatlah kalau macam tu."
Tertawa Cloud mendengar ulasan gadis dihadapannya itu. "Jangan pandai-pandai. Aku boleh pukau fikiran kau supaya cintakan aku."
"Kau boleh kawal fikiran aku, tapi bukan hati."
"Kalau dah fikiran asyik teringatkan aku, tak ke hati pun mahukan aku?"
Jawapan Cloud itu tiba-tiba membuatkan Seiren terdiam. Hatinya tiba-tiba seolah-olah terpesona dengan kata-kata yang diucapkan lelaki itu dan dalam masa yang sama dirinya terasa seolah-olah berada diawangan. Begitu indah dan syahdu.
"See." Suara Cloud tiba-tiba menganggunya. "Itulah salah satu contoh bagaimana aku mengawal fikiran orang."
Tersirap darapnya melihat senyuman sinis dan memikat daripada Cloud. Kenapa kau senyum macam tu? Kau bukan Izabell lah! Dan apabila dia sedar apa yang dialaminya, lantas buku yang terlekat rapi di muka mejanya diangkat lalu dihayun ke lengan Cloud.
"You, moron!" jeritnya.
Cloud tertawa dan tertawa dengan lebih kuat lagi apabila melihat wajah malu Seiren apabila Sir Ashton menegur kelakuannya.
"Moron moron moron!" Tak sudah-sudah mulutnya mengucapkan perkataan itu sambil matanya di halang daripada memandang wajah lelaki disebelahnya itu. Saat itu dia benar-benar membenci dirinya.
Tak sangka pulak aku boleh terjerat dengan perangkap lelaki ini. Sial punya Cloud. Berbunga betul perasaan aku tadi. Ish!
Mukanya disembam ke meja dan kepalanya ditekan kuat seolah-olah dia menginginkan wajahnya hilang ditelan meja itu.
Cloud hanya tersenyum. Buat seketika dia terlupa tujuan sebenarnya ke sini ketika hatinya benar-benar terhibur mengenakan gadis itu. Well, she is so sweet. The real sweet.
Sehinggalah bunyi loceng tamat kelas, kepala Seiren langsung tak diangkat. Sebenarnya, dia dah terlelap pun.
Nice chance. Cloud tersenyum, melihat kelas mula kosong dan Izabell sudah tiada lagi di bilik darjah ini. Seiren yang terlena disebelahnya dipandang sepi. Saat ini, dia sendiri tak tahu apa yang dia rasakan. Bayangan wajah Paradise mula menganggu mindanya dan dihatinya mula terbit perasaan ragu untuk meneruskan misinya.
"What the hell." Perlahan dia meraup wajahnya. "She's not Paradise, Cloud."
"Still annoyed by that bitch!" "
Terkejut Cloud apabila satu suara tiba-tiba menyapanya dari belakang. "Iza..." Sekali lagi dia meraup wajahnya. "Stop that habit of you."
Izabell hanya tersenyum membalas kata-kata lelaki dihadapannya itu.
"What are you doing here?" Melihat Izabell kaku ditempatnya, sekali lagi lelaki itu bersuara. "I will take this pheonix now."
"Huh, Macamlah aku akan benarkan."
"Iza... aku rasa kita dah bincang mengenai hal ni kan semalam."
Izabell tersenyum." Bincang? Tapi aku tak pernah benarkan."
"This is an important thing, weh. Please understand."
"Important my ass!" Serentak dengan itu, tangannya pantas menampar perlahan kepala Seiren menyebabkan gadis itu bangun dalam keadaan terkejut dan berang. Tetapi amarahnya ditelan panas-panas apabila sedar tangan yang menamparnya adalah milik Izabell. "Nak apa?"
"Ikut aku. We still have work to do."
Seiren mengerutkan dahinya. Tapi dia tak banyak tanya hanya bangun dari kerusinya, menyisirkan rambutnya dan merenung kosong wajah Izabell yang turut memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Cloud ikut sekali ke?"
"Yup!"
"NO!"
Keras Izabell membalas anggukan Cloud.
Seiren cuba untuk bertanya lagi tapi niatnya dimatikan apabila sedar aura membunuh yang berlegar diantara dua sahabat lama itu.
Izabell pun, cubalah cerita sikit apa masalah dia dengan Cloud. Ini tidak, aku yang lemas tau!
Tak sampai sesaat persoalan itu berlegar dimindanya, anak mata Izabel tiba-tiba menjeling keras ke arahnya dan bibirnya mengeluarkan satu amaran yang begitu menakutkan. "Mati dulu baru aku ceritakan."
"Erk?"
Buat seketika dia terkedu sebelum kembali menghadiahkan senyuman kepada dua lelaki dihadapannya. "Oklah. My King, kata ada kerja?"
Seperti biasa, Izabell tak menjawab kata-katanya dan terus berlalu pergi dan perlahan-lahan diikuti oleh Seiren yang sempat melambai Cloud sebelum keluar dari bilik darjah.
Cloud mengeluh. "Kenapalah dia tak panggil lelaki tu Iza je. Izabell kan macam panjang sangat. Semak je aku dengar."
Dan setelah beberapa ketika, sekali lagi dia mengeluh. "Ish. Gagal lagi!"






"Izabell."
"Hmm."
Seiren hampir tertawa apabila Izabell menjawab lembut pertanyaannya. "Kenapa dengan kau ni?"
Kali ini Izabell nampaknya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tetapi, matanya sempat menjeling Seiren yang kelihatan buntu dengan perangainya.
Mereka berjalan senyap seperti biasa. Perjalanan dari sekolah ke asrama terasa lebih lama daripada biasa bagi Seiren. Dia tak faham kenapa Izabell suka berjalan perlahan seperti manusia dibandingkan dengan bergerak pantas seperti puntianak.
Walaubagaimanapun, dia melupakan soal penuh tanda tanya tentang lelaki menawan itu dan menumpukan perhatiannya kepada malam yang begitu indah dan cerah apabila bulan penuh menyuluh terang ke lantai bumi disahut pula dengan tiupan lembut bayu yang menyamankan.
Mungkin keadaan ini begitu menyenangkan bagi Seiren, tapi dia tak sedar Izabell separuh mati menahan nafasnya apabila angin yang bertiup membawa bau harum Seiren ke deria hidunya.
Tangannya digenggam kuat. Lama dia dambakan haruman itu, haruman pheonix berdarah putih. Dan apabila pheonix betul-betul berada disebelahnya, dia tak dapat melakukan apa-apa selain mengetap bibirnya dan menahan dirinya daripada perasaan benci dan khayal.
Dalam masa yang sama, sempat dia mencuri dengar fikiran gadis yang kelihatan bersahaja di depannya.

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

Sexy what? Oh.. She`s singing. Terukir senyuman nipis di bibir Izabell melihat perangai 'so human' Seiren.
Akhirnye mereka sampai ke asrama dan Seiren menghentikan langkahnya apabila melihat Izabell berhenti.
"Kau naik. Dress up."
Seiren menjungkitkan keningnya. "And then?"
Mendengar pertanyaan Seiren, lelaki itu terus memusingkan tubuhnya mengadap gadis dihadapannya itu. "Mesti Fey tak bagitahu kau apa-apa kan?"
"Mestilah kot!"
Mestilah kot? Ayat Seiren itu membuatkan Izabell terdiam seketika sebelum kembali bersuara. "We have cocktail party to deal with."
"Dont tell me that im your partner?"
"Aku takkan ajak kau jadi pasangan aku kalau tak ada sebab, bodoh!"
Tercebik gadis itu apabila dipanggil bodoh oleh Izabell. Dia kemudiannya tak banyak tanya lalu melangkah masuk ke banglo asramanya. Sebelum tangannya menguak pintu besar banglo itu, sempai dia memalingkan wajahnya mencari Izabell yang masih berdiri dibelakangnnya.
"Eh, dah hilang?"
Aku tak faham betullah dengan dia ni.



Izabell bergerak dahulu ke Cocktail Party. Tak terfikir pula dia untuk menunggu Seiren yang penuh dengan debaran itu. Dia risau perasaan aneh yang ada bersamanya ketika dia berada bersama dengan Seiren terus hinggap di sisinya. Dia tak mahu perasaan itu. Dia betul-betul tak mahu.
Dalam keadaan dia berdiri tegak di sisi meja bersalut satin putih dan tanggannya mengenggam lembut gelas kaca berisi Pamola, anak matanya meliar memerhati orang disekelilingnya. Cuba mengenal pasti tetamu yang menghadiri Cocktail Party yang dianjurkan oleh kementerian ini.
Apabila Seiren yang ditunggu tak kunjung tiba, dia mula risau. Adakah sesuatu menimpa gadis itu.
Risau dia memikirkan mungkin kementerian memintanya untuk menghadiri majlis ini bersama Seiren adalah agenda yang penuh muslihat.
Dan dia langsung tak dapat mengesan bau tubuh Seiren apabila keadaan disitu bercampur aduk dengan bau wangian dan puntianak-puntianak lain.
Dan dalam keadaan mindanya berterabur memikirkan hal yang bercampur aduk, matanya tiba-tiba terpaku kepada satu lentuk tubuh yang dari jauh kelihatan menghampirinya.
Dia cuba bernafas seperti biasa, tetapi tiba-tiba dia terasa sesak. Lampu yang menyuluh ke arahnya tiba-tiba membuatkan dia begitu lemas dan lelah. Dia cuba untuk melangkah pergi tetapi kakinya tak mampu, dan hatinya tak mahu.
Seiren begitu indah. Kaki dan pehanya yang terdedah kelihatan cantik bersinar dan rambut keperangannya dibiar tak berikat memikat setiap mata yang memandangnya.
"How do I look? Banded, pink radiant colour minidress with wrap around neck strap? I look great right?"
Dia sedikit tergejut apabila gadis itu tiba-tiba bersandar ditubuhnya. "Great my ass." Jawabnya pendek sembelum tangannya cuba mencapai lengan Seiren yang tak disaluti sehelai benang pun tetapi sempat disangkal gadis itu.
"Dont touch!"
Dia tak menjawab, hanya membiarkan gadis itu tersenyum sebelum melangkah mendahuluinya. "Alluring, right?"
Sekali lagi dia terkejut. "FEY." Dan dia hampir menjerit marah kepada lelaki yang tersenyum melihat riaksinya itu. "What alluring? Mana Melody?"
Lelaki bersut putih itu menjungkitkan sebelah keningnya sambal matanya menunduk memandang kasutnya yang menguis lembut rumput kehijauan di kakinya. "Dia tak nak ikutlah."
"Padan muka."
"Tapi aku ada Dessy."
Mendengar nama Dessy disebut, mata Izabell mula meliar mencari kelibat gadis itu dibelakang Fey, namun tiada.
"Er... dia tengah makan."
Izabell mula tersenyum nipis. "Hmm. Oklah. Kau pergilah makan sekali dengan dia. Seiren ni mana pulak dia pergi."
Dia terus melangkah pergi meninggalkan Fey yang terkial-kial. Kalau aku tak datang pun tak apa.
"Boringla Melody tak ada."


Seiren mula tak senang. Dia sedar semua pandangan tertumpu ke arahnya dan dia sedar mereka tahu dialah pheonix yang sesat di dalam kalangan puntianak lain.
Dan dalam dia sendiri tak tahu apa yang mesti dilakukannya, tangannya di tarik kuat dan rasa sakit itu membuatkan dia tersentak.
"Izabell."
"Where are you going?" Izabell bertanya keras kepadanya seperti biasa.
"Tak pergi mana-mana pun. Sakitlah."
Sedar dengan tindakannya, Izabell melepaskan gengamannye dilengan Seiren. Mata Seiren yang mula kemerahan dipandangnya dan selepas itu dia mengeluh.
She called me jackass?
"Seiren, if you dont do anything stupid, i wont do anything like 'jackass' to you too, understand?"
Buat seketika Seiren termengkalan. "Un... understand." Jawabnya sambil mencengkam lembut lengannya yang terasa hangat terbakar.
"And..." kali ini Izabell sekali lagi cuba menarik Seiren menghampirinya, tetapi tidak dilengan, pinggang gadis itu yang bersalut satin lembut ditarik mendekatinya. Wajahnya didekatkan dengan wajah gadis itu dan bibirnya mula berbisik sesuatu ditelinga Seiren.
"Kementerian arahkan aku bawa kau ke sini. Aku tak tahu apa agenda mereka, tapi kalau kau nak selamat... stay mith me."
Alah, stay dengan engkau pun tak selamatlah! Bisik hati Seiren sambil menjeling Izabell dan dia terkejut apabila Izabell merenungnya tak puas hati.
"Kau ni memang tak tahu kenang budi, kan?"
"Budi apa?" Tanya Seiren kembali dan dia sedikit tersenyum. Seterusnya, dia sedaya upaya menahan fikirannya dari berfikir yang bukan-bukan. Risau jika Izabell dapat membacanya.
Mereka tiba-tiba diganggu oleh tiga orang lelaki separuh umur yang mungkin bagi Seiren, 'tua' mereka itu hanyalah satu rekaan kerana sejujurnya mana ada puntianak yang tua.
Mereka tiba dengan memuji kecantikan Seiren dan apabila Seiren cuba menyambut huluran tangan salah seorang daripada mereka, tanggannya tiba-tiba digenggam dan ditarik oleh Izabell.
'Gila ke? Diorang tu King la!'
'Aku terlupalah and by the way kau terlupa ke yang kau tu pun king! Lepas! Sakit tau.' Dia mengherdik Izabell dan menggosok tangannya yang sakit digenggam Izabell. Entah kenapa, mungkin kerana Izabell selalu menyiksanya menggunakan kuasa sentuhannya, dia sudah semakin lali dengan sakit yang Izabell berikan. Kadang-kadang itu sakitnya hampir-hampir tak terasa.
'Kau tak paham, kesakitan pheonix bila disentuh oleh King is as tempting as the blood to vampire.'
Seiren mengangguk dan tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki bertiga dihadapannya sebelum menjawab kata-kata Izabell. 'Do you mean, erm.. someting like 'turn on' things?'
Seiren menjeling Izabell dan terpaksa menggigit bibirnya untuk menahan senyuman apabila lelaki disebelahnya itu menggaru keningnya dan kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan Seiren.
'Kinda.' Hanya itu yang mampu Izabell jawab. Menyesal pulak aku timbulkan hal ni.
'So, that's why you like to touch me?'
Kali ini Izabell tak menjawab sebaliknya menjeling tajam Seiren disebelahnya sambil mulutnya mengumam bisu perkataan, 'You wish!'
Untuk mengelakkan ketiga-tiga lelaki dihadapannya perasan akan tingkah laku mereka, Seiren terpaksa menahan dirinya dari mentertawakan Izabell. Sedaya upaya dia menggigit bibirny dan otaknya segagah mungkin cuba mentafsir apa sebenarnya yang mereka sedang bualkan.
Diorang ni cakap greek ke? Aku tak faham satu apa pun ni.
Akhirnya, mereka bersurai tetapi membawa Izabell bersama mereka. Seiren yang ditinggalkan keseorang mencuri pandang ke arah mereka dan sedar mereka mungkin sedang berbincang sesuatu tentangnya. Sesekali dia ternampak Izabell mendongakkan kepalanya dan wajahnya kelihatan tegang.
Tak sanggup untuk terus mengalami perasaan kurang senang ditinggalkan keseorangan dan menjadi bahan tontonan ramai, dia mula melangkah, cuba untuk mencari Fey ataupun Desy.




6 comments:

  1. oh god....lme gler tnggu...lastly ad jgak n3 bru....hehehe....
    best2 sngt....hehhe

    ReplyDelete
  2. thanks uni.. busy r.. (msti korang kata "eleh, alasan je busy tu") tp serius busy. busy sngt2. BIG. FAT. BUSY!
    thanks for waiting by the way~!! ^^

    ReplyDelete
  3. finally !~ update jugak . ^^ thanks eh ? ;)

    ReplyDelete
  4. owh...dah habis...tak cukup la...sambung lg...

    ReplyDelete
  5. Agen Bola Terbaik & Agen Bonus Terbaik!
    Agen Casino Menang Kalah Dapat Bonus!
    Yuk langsung daftar!
    BBM : DDA3CD23
    WA : 085890911333
    www.agen333.net
    https://agen333bola.blogspot.com/

    ReplyDelete